Dilema Berbreakfast

selain dari hari hari lepas habis office hour nak makan apa, pagi pagi hari weekend pun adalah berdilema juga.
terjaga pepagi perut krok krek mintak diisi tapi tatau nak makan apa.
aku kureng sikit la makan biskut roti pepagi alam nie.
tambah lagi kalau kelaparan tahap naga, harus nak makan berat.
tapi kalau balik balik gi mamak pun membosan jugak kan.

jadinya weekend lepas kami laki bini ke nasi kerabu keramat.
wut wut.
walaupun namanya nasi kerabu keramat, tapi letaknya di sri rampai yer uolls.
bukan di keramat.
kenapa namanya nasi kerabu keramat, mungkin asal usul dari keramat kot.

pepagi makan nasi kerabu.
sorga. kerana adalah setapppp…. terbaik!
up dengan limau suam untuk memecahkan lemak di perut.

selain nasi kerabu, di sini jugak ada dijual nasi dagang.
tapi masa aku sampai, dah habis yilek pocik. huhu..
ada juga nasi putih biasa dan ada juga nasi himpit kuah kacang.
eh kuih muih pun ada jugak tau.

so kalau ko nak try nasi kerabu keramat nie, boleh la ke sri rampai.
ermmm dia tetengah jugak la antara sri rampai ngan setapak jaya.
alamat penuh : 9, Jalan 46B/26, Taman Sri Rampai, Setapak.

ingat nak tapau terus sekalian untuk lunch tapi baru teringat ek eh ada ikan kembung dalam fridge.
tempe dah beli berhari hari pun tak bergoreng lagi.
so tengah hari tu aku masak asam pedas kembung, goreng tempe cicah cili padi kicap.

korang yang duduk area keramat / wangsa maju / setapak / setiawangsa, boleh tak tolong suggest kan tempat breakfast yang meletup letup?
seriyus la boring asyik makan kat mamak jer pepagi. huhu…

14 thoughts on “Dilema Berbreakfast

  1. adoyai sis!
    ai sangat gilekan nasik kerabu
    pcik ckp ade satu port nasik kerabu terbaik kt jb ni
    tp lom smpat pegi lagi
    huhu 🙁

  2. kalau nak makan roti canai melayu, kat AU2 sebelah petronas berdepan dengan texas keramat

    tekak kite roti canai dia sedap
    lembut..sambal leh tahan
    dah rasa mcm makan kat kampung plak 🙂

  3. x pernah makan nasi kerabu..sebab kaler dia biru..x suka…hahaha..oh akak..ni nak mintak tolong ni..kalau akak ada kengkawan nak sewakan bilik..rolger Lisa eh..along Lisa tgh cari bilik sewa la..dia ckp housemate dia mental..suka curi spender ngan bra…akak bg tau lisa tau…mmmuah…

    • ceh.. napa ngan kaler biru.. it just a colour.. ngapp jer hehe..

      alahai siannya along lisa tu..
      dia nak cari rumah area mana yang?

  4. ai like nasik kerabu..yumi yumi!..hah housemate yang bermental memang ado perangai cenggitu..ai dah merasai azad dok housemate roomate yg kaki songlap harta benda kita..selongkar2 brg2 kita..sampaikan lipstik brooch tudung pun nk kebas..yang pelik tuh dengan muka tak bersalah boleh pakai depan kita..rasa jam2 tuh nk bg seligi sekali

Comments are closed.