Di Midvalley

kak as bagi aku nie.
sebunjut plastic penuh dengan coklat.
harus happy tergewdix gewdix (gedik nauu eja cenggini)
sesambil buat kerja sesambil ngap.
tapi sebab aku baik hati, aku bagi jugak kat officemates bertuah yang lalu lalang.
yang terpilih saja. yang tak terpilih, i’m sorry.

kelmarin tetiba tekak terasa rasa nak makan asam laksa kat midvalley.
alah yang kat dalam jusco tu.
apa ke nama kedainya. terra rossa ke hapa.
eh terra rossa tu bunga angkasa. bukan bukan.
terra cafe garden kot.
alah yang dalam jusco tu laaa…
satu floor dengan jual barang barang rumah tu.

situ memang terkenal dengan kelazatan asam laksanya.
aku amik asam laksa. encik z amik nasi lemak rendang daging tok.
uishh dedua pun adalah setapp..

lepas makan, gi kedai bata.
encik z mau cari kasut sukan.
kasut sukan sedia ada sudah hazab nauu aku tengok.
laki aku nie lain sikit. dia punya berjimat cermat very the haibat.
tapi dia tak pernah pun marah halang ke kalau aku nak beli apa-apa untuk diri aku sendiri.
tapi kalau aku nak beli apa-apa untuk dia, selalu dia kata takyah takyah.
tsktsktsk…

lepas beli kasut, turun bawah mau beli air mata kucing.
ini kali aku cakap taknak ais.
sebab selalu beli kan, ais punya la melambak.
tak terasa kemanisan air mata kucingnya.

pastu apa laga slurppp slurppp la kan…
sedapnya hingga menjilat lidah.
tapi sampai ke hari nie aku tatapp pelik dengan diri sendiri.
buah mata kucing mentah mentah aku tolak.
busuk sampai nak termuntah muntah.
tapi bila air mata kucing, ko bagi lapan baldi pun aku boleh minum seorang diri.

begitu.

8 thoughts on “Di Midvalley

  1. yupp setuju!..makan kat situ laksa & mee karinya veri d sentappp..menghirup kuah hingga titisan terakhir..owhhh mmg sedapppp bangat

Comments are closed.