Dah Darjah 1 Anak Aku

pepagi khamis tu awal awal dah siap.
tapi takde la awal sangat. mama kena jerit jugak la kejut aku bangun.
aterrr semalamnya sampai taiping dah dekat kul 2 pagi kan.
harus kemengantukan lebih hebat dari biasa.

sib baik yaya cam ok ok jer bila dikejut.
terus mandi siap siap.
tali pinggang pinafore dia tu besar.
jadinya kena pin la kat belakang.
kekecik bebenau anak aku nie.
ikut spesis siapa ntah.

ish ish ish.

bedak bercapuk! he he he..
pelik la napa kena pakai kasut hitam?
why why why?

nak jugak beg pink kan. bukan aku paksa okkk..
memang dia sendiri nak.
menjawab la nanti kat sekolah semua beg warna pink segala.
aterrr, sekolah semua perempuan.
yer, anak saya sekolah kat sekolah perempuan bertajuk sekolah kebangsaan convent kota, taiping.
kenapa taiping? sebab dia duduk dengan opahnya.
no further question please.

sampai kat sekolah ngam ngam soii terus register segala.
untuk sementara ditempatkan di kelas darjah 1 biru.
nanti akan ada test ujian bagai nak tentukan tahap pembelajaran, pastu baru nanti dibahagi bahagikan kelas. begitu.
nama yaya last sekali. kata huruf Y kan.
takde plak orang lain huruf Z kat kelas tu.

tapi takpe. yang penting nama anak aku sorang jer dua suku kata dengan enam huruf.
nanti awak nak isi nama kat kertas exam, awak yang habis tulis dulu ya.
yang lain lambat sebab nama dorang bersuku suku suku kata. heh.
ok jangan sentap.

tapi dah ramai bebudak yang masuk dalam kelas.
so tak dapatlah yaya nak duduk depan depan.
takpe, nanti ada rombakan lagi kan..

apa aja la yang mama bebelkan tu.
oooo mama kata dia nak balik dulu.
rumah bersepah sepah dia nak kemas.
pastu nak masak lagi, bla bla bla bla.
ok mama. u go first, i go second.

lepas dah letak yaya kat kelas, aku turun kat bawah.
ada briefing untuk parents.
dah turun lambat, kena la duduk belakang jugak.

lama ko cikgu ngan pegawai kesihatan semua menceceh ceceh.
aku dah la kelaparan masa nie.
terus pening pening pusing pusing.
last last cabut dulu gi beli buku buku sekolah yaya.

buku-buku, yuran, barang barang sekolah yaya semua almost RM600.
FM, pls take note. heh.

dah habis membeli, lerrrr tak sudah jugak briefing cecehan nya.
aku dah nak muntah sebab lapar oh.
kat rumah memang tak sempat jamah apa.
so aku pun tanya lah kat abang kantin kat situ.
dia kata memang tak jual makan hari tu, tapi yang dah dipack-pack kat depan tu semua untuk parents.
haaa apa laga, dengan tak malunya, terus aku amik lalu makan tanpa rasa bersalah.

mommy nya siapa? mommy nya si yaya. nyehh..

dah habis segala cecehan cikgu cikgi, masa untuk collect buku teks plak.
ada sorang mamat nie, dia pegi depan kaunter.
pastu dia tinggalkan buku-buku kat situ, dia ghaib ntah ke mana.
aku diri je la kat situ.
then cikgu panggil suh amik buku teks.
tetengah check buku semua, tetiba mamat tadi muncul dengan statement ‘saya yang datang dulu’
ek eh napa ko. bukan aku yang potong barisan yer.
dah ko blah tadi napa. pastu cikgu tu yang panggil ok.
sila jangan macham macham.
matikk la anak dah darjah satu pun ko nak gaduh lagi yer normaya.
bila mau insap?

ok setel hal buku teks. dapat semua.
baru. bau kedai lagi.
cuma ada 2 subjek tak dapat. bahasa arab ngan bahasa cina.
sebab cikgu kata nanti student kena pilih dulu nak belajar yang mana satu.
kenot dua dua.
so, awak nak belajar bahasa arab ke bahasa cina yasmin?
ikut awak la eh. mommy tak kisah.

tali pinggang yang di pin tu sudah tercabut oh.
tu yang terbuai buai je pinafore si yaya.
takpe, nanti kita mintak tolong opah jahitkan yerh.

jangan main main. sk convent kota nie sekolah berprestasi tinggi.
so yasmin, jika nggak mau ditendang dari sekolah ini, sila lah belajar rajin rajin ya.
mommy dah buat sehabis baik untuk masa depan awak.
selebihnya, awak kena berusaha sendiri untuk masa depan yang lebih cemerlang gemilang dan temberang. eh.. terbilang.

balik rumah, longgokan segala buku buku dia.
tulis nama dan kasik balut kemas kemas.

ok yasmin. selamat belajar. good luck. all the best.
mommy sentiasa doakan kejayaan awak ok.. 🙂

wah feel feel masuk universiti nie.
walaupun baru masuk darjah 1 kan. he he he.

34 thoughts on “Dah Darjah 1 Anak Aku

  1. wah tahniah yaya…selamat masuk darjah satu..sama ngan dania la..tapi best la awak pakai pinafore..dania kena pakai baju kurung…jumaat nanti pendaftaran..

  2. salam maya…

    Yaya same age ngan anak dara saya lah… tapi sekolah dia hari jumaat nie baru nak berorientasi… gud luck yer…. 🙂

    pstt… remember me..? kita pernah jumpa kat megakids MV… 🙂

    thanks…

  3. begitu rupa org yg ada anak nih, diorang yg sekolah kita lak yg dok pulun balut buku…ngeh..ngeh..ngeh..penyudahnya hangkut selotip dari opis…hehe

  4. selamat menempuh alam sekolah yg baru yaya…belajo rajin2 yerr…udah pilih ke nk bhsa arab or cino?..tetibe teringat time first2 balut buku ngan plastik/kertas bunga masa zaman sekolah dulu…bila katup jer buku..terus kejung tk leh nk rapat..siap hentak2 sentapp2 mengilerr..last2 abah yg tolong balutkan..hehehehe

  5. Mya, mesti seronok kan tengok anak kita dah masuk sekolah betul ni…hehe..(ive gone tru this before). nak bg tips sikit, belikan dia byk2 buku latihan..keep on doing the exercises..so, dia advance skit dari kekawan lain, biasakan dia ngan soalan2 and kita dapat monitor apa kelemahan anak kita melalui jawapan dia..selamat beramal..kkekekee
    Good Luck to Yaya ye..study smart..

  6. bagusla sek ank akak ni..buat pgram thn 1 2011 awal awal..huuhu..sek kami 1hb nt..:(.public holiday gitu..ni saja share dgn akak..tgk web ni.ada latihan transisi utk thun 1..leh kasi yaya try buat nt..bln 3 nt ada saringan LINUS dh..http://www.linuskpm.blogspot.com/

  7. besar dah yaya….

    cepat nau masa tu berlalu eh….

    anyway, gudluck to yaya n so do mama nyer yg cumey……

    kak mya, bila nak banjer minum nih?

    xoxo…

  8. sonok tgk yaya dah darjah 1 ….
    mama dia tu lapar sgt dah tu… mencekik kat belakang….hihi 😀

Comments are closed.