Anugerah. Bukan Hakmilik

oleh sebab hari nie hari jumaat, jom kita muhasabah diri jap.
ceh. perlu ke tunggu hari jumaat jer nak muhasabah diri?
patutnya hari hari dan tiap tiap masa kita kena muhasabah diri tahu normaya?
yer yer saya tahu.

semalam ernie call aku. lama jugak aku tak berhubung dengan dia.
aterrr memasing sibuk dengan life masing masing.
apa ke hey plak nak call hari hari yer dok…

ernie sudah meluahkan perasaan kat aku tentang beberapa perkara.
aku pun sudah meluahkan perasaan aku jugak ke dia pun pasal beberapa perkara. rasa lega la kan bila dapat cerita sesuatu pada orang yang boleh memahami dan menerima seadanya.

ye la, contoh ko kerja bank. tiba tiba nak luahkan perasaan pada orang yang kerja kat kilang plastik.
memang lah boleh dengar, tapi nak empati tu mesti la complicated sikit kan.

intipati luahan perasaan kami sedikit sebanyak berkait dengan artikel di bawah.
kredit prihatin

Hak milik membawa maksud ‘pemilikan’ atau ‘kepunyaan’. Dengan perkataan yang lebih mudah, hak milik bermaksud ‘kekuasaan dalam memiliki sesuatu’. Sebagai contoh, jika kita memiliki sesuatu barang, bermakna kita berhak berbuat apa saja kepada barang yang kita miliki itu. Hendak dipeluk, dicium, ditayangkan dalam almari kaca ataupun dilanyak, dicampak dan boleh jadi juga dipijak-pijak bila apa yang kita miliki itu tidak lagi memenuhi keperluan dan kehendak kita. Apa yang pasti, akibat terperasan ia adalah hak milik, lazimnya, belum tentu hak milik itu kita HARGAI.

Anugerah pula bermaksud ‘pemberian’ atau ‘kurniaan’ yang disertai dengan harga atau nilai yang tersendiri. Saya percaya, siapa pun akan memandang anugerah sebagai nilai yang paling paling paling berharga. Anugerah akan dirasakan begitu berharga selepas disusahi dengan pelbagai usaha dan titik peluh sendiri. Saya tidak pernah dianugerahkan pingat kebesaran, tetapi jika dianugerahkan pingat tersebut, sudah tentu saya akan simpan baik-baik, sekali-sekali dibelek-belek, digilap jika berhabuk dan mungkin saja dipolish bila ia pudar…

Maka, sebab itulah syurga merupakan sebuah ‘anugerah’ bukanlah ‘balasan’. Masuk ke syurga bukan kerana panjang dan beratnya amalan, tetapi kerana anugerah atau kurniaan Allah SWT.

Ubahlah persepsi ‘hak milik’ kepada ‘anugerah’, supaya kita lebih mudah terdorong untuk memenuhi hak-hak anugerah yang dikurniakan Allah SWT ini. Kadang-kala kita terlupa, setiap anugerah yang dikurniakan itu turun beserta amanah dan tanggungjawab bersama-samanya. Sesungguhnya anugerah-anugerah yang dikurniakan itu ‘hadir’ bersama-sama tanggungjawab kerana ia adalah amanah Allah SWT, dan semuanya ini, akan dipersoalkan kembali kepada kita di akhirat nanti, bagaimana kita mempergunakan anugerah ini selama kita berada di dunia ini.

Sesiapapun bukanlah hak milik kepada sesiapa, tetapi ia adalah anugerah kerana manusia hanya memegang amanah dalam hubungan sesama manusia, namun manusia tidak mampu menjadi hak milik manusia lain sebaliknya hanya pemegang amanah yang setia dan sentiasa sujud kepada Allah SWT. Percayalah, anugerah tidak sesekali diberikan melainkan kepada orang-orang yang terpilih. Kerana itu kita perlu berbeza cara untuk menghargai sebuah HAK MILIK dan sebuah ANUGERAH.

menarik kan artikel kat atas nie?
sebelum nie pun aku ada jugak borak borak dengan encik z pasal benda benda gini lah.
aku sebut pasal kawan-kawan aku yang obses sangat cerita pasal anak.
like bila hantar anak balik kampung, kemudian rindu dendam bagai.
ok la fine nak cerita saja tak kacau orang takpe.
tapi main perli perli pada orang orang yang anak anak mereka ada di kampung.

i wonder… kalau anak diorang mati macam mana yer?
encik z kata ‘mungkin diorang akan mati sekali?’
terpempan aku dengar jawapan dia.
dan lepas dari tu, aku rasa sangat positif. dan aku banyak belajar menerima keadaan seadanya.
redha. thats the word.

ini semua adalah ujian dari Allah.  tanda Allah sayangkan kita.

Allah melihat kita dari jauh.

betapa ramainya umat manusia ciptaan Allah di muka bumi ini, tapi kita antara yang terpilih menerima ujian dariNya. ini bermakna Allah masih sedar dan tahu kewujudan kita di dunia dengan memberikan kita ujian.  ujian yang membuatkan kita lebih bersyukur dan redha.

kalau Allah tak bagi ujian kat kita, mungkin dia sudah lupakan kita dan tak pedulikan tentang kita lagi...wallahuallam…

dan ernie, ingat satu.  ujian yang Allah turunkan pada umat nya berbeza beza.
tak semua manusia menerima nasib yang sama.
dan kita masih ada banyak perkara lain yang perlu kita syukuri instead of memandang pada kekurangan dan ujian ini.

pada sesiapa yang merasakan SUAMI itu hak milik. oh anda silap.
sebelum nie mungkin ada yang berbangga. isteri kesayangan suami katanya.
tapi kemudian? apa jadi. bercerai.
begitu juga dengan ANAK.
kalau rasa terlalu bangga anak ada di sisi hari ini, bagaimana satu hari kalau Allah mencabut nyawa mereka?
adakah boleh kamu mendabik dada dan berbangga lagi?
boleh kah kamu menerima dugaan kehilangan anak bercerai nyawa?

renung renungkan.
kerana apa yang akhirnya terjadi, semua ini adalah PINJAMAN DUNIA.

– Bila suasana terlalu sukar, bisikan di hati : Ini semua sementara, pertolongan Allah sudah dekat –

18 thoughts on “Anugerah. Bukan Hakmilik

  1. ermm..suka sgt la perli orang anta anak kat kampung kan?
    tp dia x duduk dalam kasut akak..kalo dia kat tempt akak mesti dia anta kat kg gak….

    sy duduk dgn nenek…dr kecik..mak n ayah dok KL…bila meningkat remaja, hangin gak nape aku ni kene org yg jaga
    bukan mak pak sendiri….

    tapi bila dah besar n leh pikir dgn waras,faham la nape la mak ayah letak kat kg…dan adalah terbaek rupanya dia letak sy kat kg..:)

    ujian setiap orang berbeza2..dan Allah tahu kite mampu sebab tu ujian tu dapat kat kite…

    nice info..thanks kak

    # sorry komen lebey plak 🙂

  2. yg penting u tau apa yg u buat… and u know its the best for her… dulu masa YN kecik pun dok kg ngan nenek (arwah mak saya) smpi umur setahun… perbezaan bila mak sendiri jaga & antar org jaga mmgla lain kan…

    dan yg paling penting dia berada di kalangan org2 yg menyayangi dia selain dari ibu bapa dia… dan dia rasa selamat… 🙂

    happy new year maya!

  3. Every each person have their own perception on how they show their love to their love one. So wether anak kat kampung ke, anak kat asrama ke, anak kat bulan atau mana sekali pun, they way u love them, hanya kamu je yang tahu. (No need to kompang serata kampung how u missed ur kids and so what ever)

    Ps: “Saya bujang, saya okay”.

  4. manusia mmg cenggitu kan…selagi tak kena kat diri sendiri selagi itulah mereka akan mengata tentang org lain, mmglah kita kata kita akan jadi kuat dan tabah tp kekadang terusik jugakkan hati dgn ckp2 diorang tu, yg penting kita tahu apa yg kita buat dan kita tak mintak duit diorang..butakan mata, pekakkan telinga tp jgn butakan hati tau…SELAMAT TAHUN BARU, semoga kita semua akan jadi manusia yg lebih baik dari tahun lepas..

    • kadang2 yang pelik tu, dah jadi kat diri sendiri pun tak sedar2 gak..
      cena watie?

      happy new year yang 🙂

  5. ye mya… aku dah lame redha dr dulu lg….. semoga satu hari nanti segala hikmah yg tersembunyi akn terlihat…. thanks a lot mya…. to understanding me…. 🙂

  6. Saya selalu berpegang kepada kata-kata yang mcm mya tulis tu, sesuatu ujian yang Allah turunkan pada hambaNya itu adalah kerana Dia tahu hambaNya itu boleh menghadapinya dengan tabah dan sabar. InsyaAllah, setiap ujian itu akan lebih mematangkan kita, menyabarkan kita dan sentiasa membuatkan kita merendah diri padaNya. All the best to us in 2011.

  7. Maya,

    Aku suka baca 50 life lessons from Regina Brett .. antara yg dia tulis adalah – a) Don’t compare ur life to others ..You have no idea what their life journey is all about. b) If we all threw our problems in a pile and saw everyone’s else, we’d grab ours back ..

    Apa yg kita alami, apa yg kita tempuh, apa keputusan yg kita buat, apa dugaan dan apa cubaan yg kita ada, cuma kita yg mengetahuinya .. cuma kita yg merasainya .. org lain cuma dpt melihat dan berkongsi bkn menanggungnya .. so apa2 pun back to basic .. sesuatu yg berlaku ada hikmahnya .. Allah dah tetapkan perjalanan hidup kita awal2 lagi sebelum kita lahir pun ..

    Mcm ko tulis dlm entry, kita redha aje ok .. walau pedih gak hati dgn perlian ke sindiran org ke .. kita sabar .. kita senyum .. bahagian hidup masing2 .. walau berpuluh kali kita cerita, org x akan paham sbb bkn mereka yg rasa dan alami ..

    Be strong my friend 🙂

    • 50 life lessons regina brett tu mmg sgt bermotivasi..

      thanks yatie…
      aku nak pergi dubai melawat ko boleh? he he..

  8. aaa…I lah tu..salah sorang yg rindu dendam kalau anak balik kampung…anak tu lah sorang…dah lah nak mendapatkan dia hidup sampai ke hari ni tu…mcm miracle…jadinya mmg cam precious sangat Mia tu. Jadi, pelajaran bagi I…hargailah kehadiran Mia tu dalam hidup I. Selagi Allah meminjamkan dia. Mungkin kalau ditakdirkan dia tak ada, mungkin rasa nak mati tu ada. Tak dinafikan…

    Yang penting, kita hargai jer lah kehadiran setiap orang yang kita sayang tu semampu kita. Kita cuba sama2 cuba…

Comments are closed.