Makan Dim Sum kat Quality Hotel

jumaat lepas lepas gi makan dim sum ngan naza, hasinah & ayu.
gi makan kat meisan szechuan  restaurant kat quality hotel sana.
menapak beramai ramai so takdela rasa kejauhan sangat.

orang datang sini mau makan dim sum kan.
tapi aku start dengan bubur nasi ayam.
aku nie kaki makan  bubur oh.
dan bubur kat sini tidak mengecewakan. setappp…
pinggan nampak jer besauuu tapi benarnya pinggannya adalah kecik yer.

pastu up ngan kuey teow goreng.
tak berapa umphhh tapi still boleh layan.
sekali lagi pinggan nya kecik cenonit jer.
jadi sila jangan tuduh kata aku makan banyak plak.

ok nie aku combine kan semua gambar. sonang nak tengok.
semua dimsum yang belah kiri tu aku makan sebijik satu.
total 5 bijik.  pastu yong taufu aku amik 2 ketul sebab dah agak full.
pencuci mulut, air mata kucing ngan mix fruit ala nata decoco. (taktau nama)

dim sum nie sedap la uolls. nie aku buat entry pun dah rasa kecur kecur.
nampak cam sikit kan, tapi sekejapan je dah full tau.

haisyooo anak sapa nie makan tumpah tumpah segala.
nyehnyehnyeh…

masa nak amik dim sum tu kemain lagi tamak haloba memasing.
ujung ujung bila dah kenyang, ko tolak kat aku. aku tolak kat ko.  hikss..
oh yer, buffet makan dim sum kat sini RM36++.

naza. hasinah. ayu. mya.
kami berkongsi satu persamaan.
pernah berkerjaya di satu department.
malah ayu merupakan antara orang pertama yang berkomunikasi dengan aku masa aku mula-mula masuk kerja kat sini 🙂
dia yang kenalkan aku pada staff kat jdsp dulu.

tapi kini semuanya dah berubah.
kami berpisah. tidak lagi berada bersama di satu department.
walau begitu, persahabatan kami tetap di hati.
ewahhh tetiba sentimental kan aku..
layannnn….

4 thoughts on “Makan Dim Sum kat Quality Hotel

Comments are closed.