Jalan Lama

dari birthday party shameel & melysha, aku ngan encik z terus shoot piulang ke taiping.
kena piulang sebab besoknya yaya ada konsert tari menari.
dan juga graduation day. wuwuwuuwu..
tadika pun ada graduation bagai kan. layann…

encik z bagi cadangan lalu jalan lama.
memandangkan kami pun takde rushing ke hapa, so aku setuju.
memang slow & steady je la perjalanan kami.
pastu lalu tempat yang nama pelik-pelik.
baru aku tau kat kampar wujud nama tempat MAMBANG DI AWAN.
wowowowo…
ke aku sorang je yang taktau..
ko semua tau ek?

kemudian kami masuk ke ipoh sebab nak berenti solat semua.
so masuk. ingatkan macam nak sambung jalan dalam gak tapi ujung ujung encik z bertukar fikiran gara-gara nak kejarkan piala malaysia.
jadi kena lah cari highway untuk meneruskan perjalanan ke taiping.

malangnya… hampir sejam ko kitorang putar putar dalam bandaraya ipoh tu mencari jalan yang benar untuk ke highway, tak berjumpa jumpaaaa…
GPS cam haremmmm ok…
dibawak ke jalan lama…
pastu set balik, dibawak pusing ntah ke mana.
kenapa ko GPS.. bengong??

call zul ngan kak ina. diorang pun blur blur sebab rumah kak ina kat tambun jer.
tak masuk ke dalam bandaraya segala.
berkat kesabaran dan kecekalan… lepas 45 minit gitu, barulah jumpa jalan ke highway. dekat je pun…
tapi sebab kerajaan ipoh tak letak signboard yang molek, tu lah punca kesesatan kami.

so kepada majlis bandaraya eh ke dewan perbandaran?
tak kisah lah mana mana…
boleh tak tolong upgrade uolls punya signboard…
very the panahan jiwa kechewa betul tau…

pastu aku update status kat facebook.
ada plak yang komen kata apa… ‘haii orang perak pun boleh sesat ke?’

helloooooo…. tak bermakna i nie orang perak, semua jalan kat perak tu i hapal..
macam ko orang negeri sembilan. adakah ko tau jalan ke gemas, ke tampin, ke jelebu bagai walaupun ko orang seremban?
kalau kampung ko kat kedah, kat baling sana.
adakah ko tau selok belok jalan kat sungai petani, kat kulim mau pun kat pendang?

jawab jawab jawab…
wahh dari nak cerita lalu jalan lama, terus emosi kan..
matikk laa…

8 thoughts on “Jalan Lama

  1. Biasanye kak mya..

    area sana, dah lepas simpang br dia pacak signboard. Patut seblm simpang kite nak tuju kan… mmg pening klu gi sana. Lagi plak klu tak brape mahir jln sana tu…

  2. betul akak setuju.
    walaupun akak org kedah, tapi idok la terror nar jalan2 daerah lain di kedah tu.
    jalan klang lama akak terror!
    hihihihi

Comments are closed.