Hidangan Daging Korban

ok sekarang disajikan masakan-masakan daging yang aku sudah selamat masak menggunakan daging korban yang fresh juicy juicy…
masa hari raya haji hari tu aku sudah masak daging goreng kunyit kan.
ok setel masakan pertama.

masakan kedua ialah sup daging bersama kentang.
alah takde resepi apa pun. aku main campak jer semua sekali dengan sup bunjut adabi tu.
agak-agak kurang tawar ke masin ke, pandai pandai la ko ejas.
pastu aku campak daun kuchai.
pasal daun sup daun bawang takde jual hehe..

makan ngan nasi putih panas panas.
aku up dengan sambal belacan.
berasap telinga ko. pedas ya hamponn..
sok sek sok sek kami laki bini makan.
mana taknya. 15 biji cili padi aku tenyeh.

hidangan daging yang ke tiga ialah sambal daging.
ini pun resepi sesedap tekak.
aku rebus daging tu kejap. pastu aku tumis sambal instant.
kasik campak, zassss…
sup lebihan semalamnya tu, aku jadikan sup kosong.
perghhh.. terangkat wa cakap lu.

dan akhrinya sampailah ke hidangan daging yang terakhir.
blackpepper steak.
aku lumur daging ngan sos blackpepper.
aku marinate biarkan selama satu hari satu malam.

pastu bakar dalam oven selama 40 minit.
kemudian taraaa…
nampak rupa paras daging nie mewarok kan?
tapi perchayalah, ianya adalah setapppp…
sama jer macam makan kat kedai western sana.
yang nie tak makan dengan nasi.
kitorang ratah ratah sajorkk..

empat hari berturut-turut ko makan daging.
mau berhari hari jugak nak hadamnya kan…
pasrah……

8 thoughts on “Hidangan Daging Korban

Comments are closed.