Bihun Sup & Laksa Terbaik!

hari tu nak gi rumah kaklong kat LEP sana.
sebelum zasss ke destinasi, stop kat pantai dalam untuk makan bihun sup dan laksa yang setappnya hingga menjilat siku.

tapi kan, every time nak gi sini selalu cam menggelupur oh nak makan apa nie, nak makan apa nie.
bihun sup atau laksa. bihun sup atau laksa.
sama macam kalau gi mali bunga raya.
nak makan kueyteow ke nasi lemak.
help help help.


: : terbaik oh. tak pernah ku makan se terbaik ini. se terbaik? belasah : :

bihun sup atau laksa yang menjadi pilihan kalbu? think think think
berpikir sampai lubang hidung kembang kempis sebesar serombong LOL

ok mula mula kita makan bihun sup dulu.
atas bihun sup nie ada sambal tau.
tapi sambal dia bukan kaler merah, cam hitam hitam sikit.
pedas tapi punya lah begini!!

ek eh tak habis bihun sup lagi tapi dah start makan laksa plak.
bubuh otak udang. letak banyak banyak sampai habis satu bekas tu.
perghhh…nangissssssss…

tak perchaya sedap? ko tengok nie 2 mangkuk aku bedal sorang sorang.
otak udang tu pun licin. teh o ais pun aku hirup sehingga ke titisan yang terakhir.

lepas makan baru la nak berpikir.
buncit lah perut. menggemuk lah saya.
tapi lantak. sedap sangat sampai tak boleh menahan perasaan.
lain tahun kita sambung diet.

si tukang bayar.
tension je mamat tu dapat bini tembolok raksaksa.
i’m sorry yang :p

berminat nak merasai sendiri kehaibatan dan kelazatan bihun sup dan laksa ini?
haaa… gerai nie bertajuk warung klasik.
dimiliki oleh pak chad.
masa aku snap signboard kedai nie, pak chad tu sound ‘haii amik gambar nampak?’ dengan nada cam tak puas hati.
bila aku kata nak promote kat member-member, terus muka dia bercahaya sinar suria.
haaa.. tanya je gerai pak chad. taulah orang.

di mana? di pantai dalam.
kalau ko biasa area pantai dalam memang senang ah.
bebetul sebelah bus stop rapid kota / feeder bus putra lrt.
kalau ko datang dari arah kerinchi, gerai nie belah kiri.
eh nie bukan pantai dalam yang kat komuter tu tau.
nie area kat taman bukit angkasa.

nanti lah kalau rajin rajin aku lukis map ek.
eieiieeiie terbayang bayang balik bihun sup ngan laksa nih.
nakkkkkkkkkkkkkkkk……..

12 thoughts on “Bihun Sup & Laksa Terbaik!

  1. Akakkkk…Laksa mmg favy tau!!! aduhai terliur sungguh tgk gambar tur!!! Harus g cari kedai nie sesegera yg mungkin..he..he..he..nmpk mcm sedap than akak pn kata sedap gerenti ler shhheeddaapp!!!

Comments are closed.