Bekam Angin & Berurut

malam sabtu gi uptown cheras.
saja jalan-jalan. sampai awal lebih kurang kul 10malam camtu so tak banyak la sangat kedai bukak. tapi sokayy la sebab takde la banyak nau kereta.
parking pun sonang.

jalan punya jalan, tetiba nampak ada tempat berurut nie.
alah, sebelum nie pun penah je nampak tapi cam takde la hairan sangat.
tapi di hari kejadian tu rasa cam eh nak nak nak urut la..
satu badan dah penuh angin.
so mengurutlah kita.

tapi sebelum urut, aku dipujuk rayu oleh akak-akak tukang urut kat situ untuk buat bekam angin.
bekam angin? heh. tak pernah dengar.
bekam darah ada. bekam lintah pun ada.
sementelaah cuma RM10, so aku pun cobain.

masuk dalam khemah kecik yang dibuat khas.
tanggalkan baju. tinggalkan bra. (eh motip nak bagitau?)
pastu terjadi lah seperti di bawah.
tu gambar hiasan yer kawan-kawan.
kredit SINI.

sakit ya hamponnn.. aterrr cam kulit ko ditarik racik gitu.
tapi tahan ok tahan. imej kena jaga.
tak mayah sopiah la kalau tak boleh tahan sakit.
kena tunggu 10 minit. kemudian baru dibukak.

lepas bekam angin tu, akak tu urut belakang aku, bahu, leher dan kepala.
perghhh… sedap gila oh…
sakit tapi sedappp…

pastu keluar dari khemah kecik tu, duduk kat luar plak.
urut kaki, tapak kaki dan betis.
setengah jam punya urut.
memang kaki aku banyak oh urat keras keras.
sekali dia tekan, kerut kerut muka aku tahan sakit.
tapi seriyus memang lepas urut tu rasa lega dan kaki jadi ringan bak di awangan.
total ialah RM40.

balik rumah, terus kababom tidur.
tak kuasa dah nak tengok apa jadi kat belakang aku.
tapi besok paginya, uishhhh… melebam di sana sini.
cam kena penyakit kulit pun yer.
ok sekali lagi gambar dibawah adalah gambar hiasan.
kredit SINI.
tapi sejibik la sama macam kat belakang aku.
aterrr gila nak letak gambar badan aku sendirik?
mau kena silambam ngan encik z.

pasnie aku ingat nak buat bekam darah pulak lah.
bekam lintah tu taknak la kot. gelikk!!!

6 thoughts on “Bekam Angin & Berurut

  1. mak aii..murah la kak..cuma tak sanggup lak tgok hasil selepas tu kan…bertanda2 lak badan…kat seremban pun ada buat bekam2 mcm ni..lagipun mak si Nabil raja lawak tu pun ada buat bisnes bekam lintah..ramai jer org duk berkunjung rumah dia..buat bekam lintah..hasilnya..tak tau de..bab2 lintah ni x hingin nak buat walau semurah rm10

Comments are closed.