Orang Berbudi Kita Berbahasa. Orang Tak Berbudi, Kita Bahasakan Dia

kekdahnya di satu petang yang damai, aku ngan encik z sudah berjanji setia mahu piulang ke rumah kami syurga kami, sekonyong konyong ternampak kereta idajelita yang bernombor plat P*** 3*** sedang terdampar di lobi office kami.

sebagai seorang kawan yang berprihatin tinggi dan kepochi sedikit, harus nak amik tau apakah yang terjadi.
rupanya enjin keretanya sudah panas lalu keluar asap berwap wap.
idajelita masa tu ngan yan, adiknya yang pun sama sengal macam akaknya tapi adalah baik hati pun seperti akaknya jugak. ecehh..

oleh kerana kereta beliau menghalang lalulintas, so harus kena ditolak ke depan sikit.
kebetulan fadzril pun tengah lalu kat situ, nasib ko la dik sapa suh lalu situ.
so dia ngan encik z pun berhempas pulas nolak kereta idajelita ke landasan yang benar.

aku plak dok kat tepi bagi sokongan moral.
dan menyabarkan yan & idajelita yang hampir hampir putus asa gitu.
dah lepas confirm mekanik dalam perjalanan, baru la aku ngan encik z meninggalkan tempat kejadian.

** gambar takdok. lupa mau snap **

esoknya, tetiba nampak fridge magnet nie ada atas meja aku.
oh.. so sweet la si yan nih.
walaupun aku takde tolong hapa kan..
cuma tolong meniup semangat je.
eh tapi kira tolong gak la kan? heeee…

siapa kata mayah sopiah nie keji?
ada la keji sesikit, tapi still baik hati maaa…
try me then only u know maaa.
jangan nak label orang gitu gini tapi sebenarnya ko tak kenal pun aku.

aku melaser pada orang yang memang patut mendapat jer.
orang yang tak kenang budi, rasa macam bagus dan rasa dia jer manjang betul, memang sesekali patut dibagi.
bagi dia sedor diri sikit…

ha sentap la tu. sentap. pastu tinggal komen.
orang tak approve, mula la meroyan sana sini.
sakit otak punya olang.

22 thoughts on “Orang Berbudi Kita Berbahasa. Orang Tak Berbudi, Kita Bahasakan Dia

  1. salam kak maya..
    terjumpe blog ni dr blog kak emila yusof yg pandai melukis tu..

    dah bace blog akak ni pastu tetibe ade ternampak seseorang yg ku kenal..

    rupenye akak ni kawan sekolah jue najmuddin (kalau xsilap name ayah die)~cousin myhusband..

    best sgt bace blog akak ni..
    teruskan berblogging..=)

    • aha si jue tu. member cemolot akak wktu sekolah menengah lu. sampai la skang..

      tq shida.. terus bg sokongan kat blog akak eh 🙂

  2. elok cite dpt fridge magnet tetibe melaser org lain ngahahahaahah

    takpe2. berbahasa sambil membahasakan. budi bahasa budaya kita 😀 ngehehe

Comments are closed.