Meronda Sekitar KK

kuat gila angin kat KK masa nie..
dah la bukan angin yang panas panas cam tepi pantai tu.
nie stok angin sejuk. so adalah best.

sampai kat town, drop kaklong kat filipino market.
dia nak buat aktiviti borongan secara besar-besaran.
aku, encik z, abang long, yaya & caca terus cari makan.
kat dalam bangunan apa ntah.

memula ingat nak makan kat food court jer.
tapi masuk-masuk food court, si caca jerit ‘busuknyaaaaa’
heyyy… awak kenapa ca?
awak ingat awak anak tan sri takleh makan kat food court?

sib baik tak kena campak keluar dek orang-orang kat situ tau.
sudahnya makan kat pizza sajorkk.

lepas makan terus berjanjian jumpa kaklong ngan adil.
kaklong nak pi kedai mutiara plak.
ada orang kirim mutiara. so pegi.
kat jamilah jewellery nie macam-macam jenis pearl ada.
ko nak kaler biru laut, kaler kelabu taik anjing, kaler coklat taik manusia, kaler hitam busuk nya hati ko macam-macam semua ada.
u name it, u have it.

tapi mak tak menjeling langsung kat pearl pearl nie semua.
tak minat. kalau ko bagi free, sesilap aku pi gadai sana.
eh, tapi pearl laku ke kalau nak gadai hoh?

pastu kena tunggu plak dalam setengah jam gitu.
sebab pearl mau dicantum cantum menjadi rantai.
memula lepak bawah pokok.
pastu boring. lalu lepak di kedai minum.

caca yang ralit dengan game baru dia.
dibeli di mcdonalds sana.  bising ya hamat dengan bunyi muzik.

ok akhirnya rantai pearl siap sedia.
ko tengok muka caca tu.  mengkagum ternganga nganga mulut.

close up sikit.
gini romannya rantai pearl pun sudah cecah RM700.
apakaaaaaaaaaaa…..
koserrrr la aku nak membeli oiii.. baik beli emas yer dok..

nak feel feel pakai rantai pearl RM700, so kasik cuba.
dan caca masih mengkagum di belakang. ekekekkekee…

haisyooo teruknya lebam bawah mata aku tu… tsktsktsk…
korang ada petua ke camne nak kurangkan lebam bawah mata?
makin lama makin kronik sudah…

ok masa nak cross jalan nie angin laaaaaaaaaaaagiiiiiiiii kuat.
rupanya hujan mau turun…

dari sini aku berpisah ngan kaklong & adil.
adil gi hantar kaklong sekeluarga ke airport sana.
dema udah mau piulang ke semenanjung.
aku anak beranak plak menapak ke filipino market.
ingat nak la cari souvenier sikit.. ngan tshirt.

dapat 3 helai tshirt monyet.
dan beberapa ketul fridge magnet.
ok cukup.
ramah bangat budak yang jual fridge magnet tu.
akak doa murah la rezeki ko ek dik…

sebab ada kedai yang aku singgah, penjual dia cam sombong kerek kerek.
pelik aku. ko nak berniaga, tapi ko plak yang kerek.
bila kedai kerek kayak gitu, ko jual la murah mana pun, cantik mana barang ko jual pun, koserrr aku nak beli.
pi menjahanam ko di sana. heh.

keluar je dari filipino market, hujan turun mencurah-curah oh.
nasib baik memang dah bawak payung sesiap.
so meredah la kami ke kereta.
pastu terus ke shopping mall 1borneo.
takde arah tujuan pun, saja la meronda buang masa.
singgah guardian nak cari ubat batuk yaya.
dia dok batuk kong kong kong tak henti henti.

pastu encik z nak meronda dalam FOC la, dalam parkson la.. eh parkson ke..
belasah je la… aku masa nie dah tak cukup nyawa.
cam pepenat sesangat rasanya badan.
kaki pun dah sakit.  so aku duduk je meratapi nasib.
ceaaa meratapi nasib sudah nya.

dari 1borneo, singgah mamak. dinner la sesiap.
takpayah pikir nak keluar balik ke, nak order makan ke.
makan kekenyang. balik bilik terus memasing zzzzzzzzzzzzzzzzz……..

10 thoughts on “Meronda Sekitar KK

Comments are closed.