Lembu Hitam Putih

masa nengok signboard nie, aku dah set dalam kepala.
kalau lembu warna coklat tu yang muncul, harus aku amukan raksaksa kat situ.
ye la, kalau lembu coklat tu, memana pun ada kan.
aku datang sini mau tengok lembu hitam putih.

sib baik lembu hitam putih yang muncul.
so hati adalah gumbira la la la la.
tempat nie bertajuk desa dairy farm.
bayaran masuk RM3 kalau tak silap aku. lupa sudah.
feel feel kat new zealand uolls.

yaya request mau bergambar berlatarbelakang lembu.
sila nak, sila.

eh, mommy pun nak jugak.
tapi macam menjauh je kan lembu lembu tu.
tak boleh pegi dekat pon. nggak diijinkan.

desa dairy farm nie kira ladang lembu dan tempat pemprosesan susu lembu fresh gitu.
gamaknya tempat sejuk, so membesar bagai johan dan dema pun leh la produce susu dengan membanyaknya kot?

kebetulan susu lembu segar segar baru dibawa masuk.
apa aje la anak aku terkinja kinja tu??
selalu mengata anak orang terkinja kinja kan, nengok anak ko plak terkinja normaya.
tapi anak aku terkinja bersendirian ok. takde menyusahkan dan meng annoying orang lain okkk… nak jugak menanggggggggg…. huahuahua…

aku dan yaya amik susu segar fresh berkaler putih.
encik z amik campuran coklat.
perghhh.. terbaik dari ladang wokkkk…
tapi aku tau ada antara ko yang tak lalu minum susu lembu fresh kan?
takpe, takpe. tak semua orang sama yer dok…
kang semua nak minum susu lembu fresh, sapa plak nak minum air kelapa, air tembikai, air tebu dan sebagainya..

seriyus, feel feel macam kat oversea gitu.
dah la sejuk. ngan lembu hitam putih. pagar putih. sukerrrr…

kalau ko ke sini, jangan lupa bergambar kat batu belah batu bertangkup nie ek.
kalau tak, mesti orang ingat ko propa cut and paste gambar je.
jangan gila-gila. ada ok orang buat gitu semata-mata nak impress orang lain.
wupsss…

sekali lagi, sebab takde tripod.  memula bergambar ngan anak.
kemudian dengan suami.  suami sendiri. bukan suami orang. ek eh..

sembunyi belakang encik z sebagai percubaan menyorok diri yang dah bersaiz seperti anak lembu.

elok nak gerak balik,  boleh aku terperasan yang yaya sudah terpijak tahi lembu.
haisyoooo… apa lagi, jadi pencacai najis la aku kejap.
bersihkan selipar dia, bersihkan kaki dia.
ala…. kata sayang anak.  kena la berkorban apa saja kan kan kan…

walaupun aku tau, kang ada je mulut mulut puaka kata apa, anak dah besar baru la sibuk nak bawak jalan sana sini.  sibuk nak jaja jaja kat blog bagai.
kecik-kecik bagi mak jaga.  eh sekarang pun mak aku jaga anak aku gak :p

eieiieiei seriyus tak paham haku.
ada jer menda yang tak kena gitu gini.  pelik aku ngan maknosia perangai gini.
apa ntah yang sakit hati ngan aku taktau…
bawak salah, tak bawak salah.

ahhh… persetankan itu semua.
kang dia balik plak statement ‘kata ko tak kisah orang mengata ko?’
kannn… so pi jahanam ko sana.

perjalanan diteruskan ke kota kinabalu.
kita ada 2 jam setengah untuk sampai ke tempat tujuan.
tapi cuaca cerah dan indah, so drive slowly and peacefully…

eh lupa plak nak bagitau, desa dairy farm nie bukak kul 7.30pagi sampai 5 petang.
tapi kalau ko nak tengok cemana proses memerah susu lembu, ko kena datang kul 3 petang.
free show la tengok (.)(.) lembu. awwww…

10 thoughts on “Lembu Hitam Putih

  1. hahaha 😀 kelakar betul baca… especially yg part yg terkinja tu…(lawak tul penggunaan bahasa)
    dgn pencacai najis tu.. haha 😀 sabor jela…

    eh..tmpt ni mmg lawaaa…kena pegi gak ni..
    tp tak tahu la biler thn nye..

Comments are closed.