Konvokesyen Adil

bila dah nak dekat sampai kat KK, stop kat petrol pam tukar baju.
kata nak pergi konvokesyen kan. takkan nak pakai seluar pink ngan tshirt haku tu jer. harus dikeji kena halau tak leh masuk dewan.
aku tukar baju, yaya pun tukar baju gak.

pastu terus zasss ke universiti malaysia sabah sana.
kena ada kat depan dewan kul 1.45 tengah hari.
memang ngam ngam soii la jumpa kaklong sekeluarga ngan yana kat sana.
yang masuk dalam dewan cuma aku, kaklong and yana jer.
sorang student leh bawak masuk 4 orang ahli keluarga.
kalau mama ada kan best.. huhu…

abang long ngan encik z tak masuk.
dorang jaga yaya & caca.

pergi berjalan sampai ke 1borneo shopping mall sana.


konvokesyen adil nie kira hari pertama la out of 3 hari keseluruhan.
dan paling best, course dia batch pertama naik untuk penganugerahan ijazah.
so takde la lengai kitorang nak nunggu.

kaklong dengan beg LV nya.
aku hari tu nak buat entry pasal beg LV dia nie.
tapi tiap kali gi rumah dia, asyik la melupa sajork nak snap gambar.
so kasik up kat entry nie la yer.
kaklong beli satu set sekalian ngan wallet.
bila kaklong mention harga, haisyooooo hampir terfitamm mak kat situ.
RM8000+++.

dia kata, alaaaa bagi la can.
kaklong mana pernah ada beg beg mahal cenggini.
selalu pun pakai beg cap ayam jer.
yer yer kaklong. sokatik ko la nak pakai beg apa pun.
tapi ingat ko tak kerja setahun nie kak. ekekkekeke…

terer tak aku boleh siap captured gambar adil kat skrin besar?
(buat muka berlagak sambil angkat-angkat kening)
tak sia sia aku kahwin ngan photographer kan.
wah! releven plssss????

adik aku nie ngamik ijazah sarjana muda kejuruteraan.
pengkhususan pada kejuruteraan awam. gitu..

majlis adalah berjalan dengan lancar.
takde yang ucapan panjang-panjang.
dalam kul 4.30 petang gitu dah watamat.

keluar dari dewan, hujan udah mula merintik koo..
kemudian melebat secara sederhana.
so memang takde can nak bergambar secara haibatnya.
mana-mana yang sempat sudah.
aku gi cari bunga untuk adil tu pun meredah hujan sederhana.

memula wajib bergambar ngan kakak-kakak.
sila ingat jasa kami yer encik mahathir.
terutama kaklong. dah banyak wang dan tenaga dia curahkan untuk kamu.

ko nengok muka kami adik beradik sama seiras tak?

kemudian dengan anak-anak saudara seramai 2 ketul sajork.
insyaAllah tahun depan up lagi seketul anak saudara.

kemudian bersama yang wanita wanita.
ko tengok caca punya pose tu.  dah macam model plak.
berangan kan awak ca..

pastu dengan family kaklong.
tapi aku tak koserr nak letak kat sini. he he..
pastu dengan family aku 🙂

kemudian sekeluarga.
rasa kekurangan tanpa mama. tsktsktsk…

oleh sebab hari konvokesyen dia, so aku kasik jaja wajah adik aku nie.
the one and only my adik.
so encik mahathir, congratulations.  akhirnya tamat jugak pengajian awak kat sini kan.
lepas ni bekerjalah dengan sekueknya.
kumpul duit dan berkahwin lah anda.

berlatarbelakangkan dewan canselor.
gemok giloss aku dalam gambar nie sebab baju terbang terbang.
angin kuat oh.
pastu ko nampak cam redup tenang je kan.
walhal hujan makin lama makin melebat nih.
malas nak bawak kasut lain.
so aku belasah je pakai baju kurung ngan kasut crocs nun.
lantakkan sana.

dalam 30minit gitu, sudah sampai di hotel kami nak menginap malam tu.
nexus resort karambunai yang cantik meletup tup tup tup…
kali ke dua aku nginap kat sini.
siapa yang pernah datang sini, sure tau akan keindahan dan kehaibatan nexus resort nie.
siapa yang tak pernah datang, sila lah datang.
sekali lagi jangan ko tanya tanya harga apa semua.
sebab nie pun hotel panel office aku.  so dapat corporate rate yo.

bebudak dua nie kemain excited main loncat loncat atas katil segala.
mandi bersiap siap.
lepas maghrib kami chow chin chau nak pi dinner.
seafood kita yokkkkk….

8 thoughts on “Konvokesyen Adil

Comments are closed.