Versi Hari Raya Di Taman

dari rumah maklong, singgah kejap kat assam kumbang.
rumah makjah & pakcik iqbal. makjah merupakan sepupu kepada arwah abah.
yang agak merapat dengan kami sekeluarga sebab pernah sama-sama tinggal di johor bahru satu ketika dahulu.

disajikan dengan bihun sup dan kicap cili padi yang walllaa…
awalnya aku taknak makan pun. perut santak lagi dengan laksa maklong.
tapi tengok yang lain slurpp slurpp.. cam mana boleh tahan..
so makan jugak. uiii napa raya-raya nie makanan semua setap setap ah?
ok jangan jawab soalan itu.

balik rumah. tukar baju.
oleh kerana cuaca cerah mungkin lebih biru langitmu di sempadan seberang situ (eh tiba-tiba masuk mood mawi. sebab teringat mawi lupa lirik dalam satu program nyanyi-nyanyi raya) lalu kami 3 beranak ke taman tasik taiping.

yeay.. taman tasik taiping. lake garden taiping.
siapa orang taiping yang taktau lake garden, sila isi borang keluar daerah sekarang.
dan siapa bukan orang taiping tapi tau lake garden taiping, sila puji diri sendiri.

: : pemandangan yang indah : :


: : jurugambar peribadi yang sentiasa menemani : :

inilah salah satu sebab aku pakai selendang tokti di pagi syawal tu.
rambut masih tak memberi kerjasama sepenuhnya.
still cam kejung-kejung seperti penyapu. *&^^&*&)(*#%

aku plak terlebih over kan.
well, anak happy… mommy pun happy lorrr…

sebelum balik.

yaya : mommy nak aiskrim.
aku : sapa nak belanja?
yaya : pakai duit raya yaya. yaya belanja mommy & ayah (sambil keluarkan duit dari sling beg dia)
aku : -)

6 thoughts on “Versi Hari Raya Di Taman

  1. Gelongsor batu tu… betul-betul kenangan… masa kekecik kalau gi lake garden… memang port kitorang adik-beradik.. skang ni anak-anak aku pun merasa lagi main gelongsor tu…. mrasa tiap kali gelongsor panas bontot… spender pun naik haus… hahahahahah

  2. budak-budak dapat duit raya berkepuk-kepukk time nie..anak buah ai thn 1 nk simpan sendiri tk mao bg apaknya simpan..taip2 ari pepagi dok ngira duit..naik sekolah bantainya dia belanja kawan2nya…hanginnnn jerr apaknya 😉

Comments are closed.