Tadika, Fardu Ain & Tuisyen

yaya rest 2 hari je kat rumah. hari isnin dia udah bersemangat mau gi sekolah.
so pagi-pagi aku hantar dia gi tadika.
jenuh ler aku drive gen 2 abang long yang manual itu.
dah la seat tak boleh nak ke depan ke belakang. rosak sudah.
seat leather plak tu. asyik la aku terkebelakang.
sib baik tadika yaya dekat jer.

aku tak citer ek kat korang hari tu masa aku balik taiping dengan adil.
perjalanan balik ke KL, adil sudah ngantuk bangat so stop kat behrang sebab dia mau lelapkan mata jap. aku plak udah tak menyabar.
so aku drive. dari behrang sampai la ke jasmine.
kereta manual la jugak kan. jenuh la nak ngingat sekarang gear apa, lepas nie gear apa. ho ho hooo…
lama bangat dah aku tak drive kereta manual oh.
ada gak la try dengan proton sampan encik z. tapi hazab koo…

habis tadika kul 1 tengah hari.  amik dia dari tadika.
balik rumah, dia belek homework sesambil aku perati.
pastu buat spelling sikit. rabu sampai jumaat nanti ada exam katanya.
tak ingat plak aku dulu tadika ada exam ke tak.
tapi masa berlalu kan.. it was 25 years ago. mesti la corak pendidikan pun dah berubah kan…

pukul 2.45 petang, hantar balik gi tadika dia sebab ada kelas fardhu ain.
sambung dengan kelas tusyen kul 5 – 6.30.
kesian jugak tengok pack benau jadualnya tak padan dengan umur 6 tahun.
tapi bila fikir balik, untuk masa depan yang lebih cemerlang gemilang, kena ketepikan kejap la rasa kasihan tu.
weekend still boleh main & nonton tv maaa 😉

10 thoughts on “Tadika, Fardu Ain & Tuisyen

  1. setuju sgt bebudak skg nih jadual sekolah dorang pack tul…klu kt town cam kl nih..pepagi subuh dah melanguk tunggu van sekolah..balik tghari nk sambung kelas agama blah petang plak tuh lom masuk tuisyen bagai time cuti…balik dh lewat sampai umah dekat2 jam 7..sebab van tawaf dulu nganto bebudak…kekdg tanpa disedari anak tertido jam 8 depan tv..kasihann..esoknya pusingan yg sama dihadapi lg

  2. yess…setuju…selagi dia nak belajar nih..biar dia belajar..sama jugak mcm dania..dia plak sekarang dok ajar orang..apa tak nya..semua dia jer yang betul…hehehe

Comments are closed.