Putih Bertukar Pink

balik dari rumah kakred, kami laki bini terus berdesup ke kedai cat.
plan nak cat dinding rumah memang dah lama.
tapi tu la, macam-macam halangan nyer. paling utama of coz la ongkosnya buk.

alat pertukangan mengecat dan cat cat.
eh eh macam kelakar pulak. macam sebut kucing kucing
kalau mat salleh baca blog i, mesti dia pun sebut kucing kucing kan.
no sir, no madam. it s not cat the animal. it s the paint paint one. hehe. sewel.

aku beli jenama colourland. tapi code warna tak ingat sebab sudah campur-campur. coz aku nak warna yang sekian sekian gini, tu yang kena mix.
nak kata pink, tak pink sangat. macam ada merah sikit. macam ada oren sikit.
yang penting. mmmmmletoppp…
siap aku amik yang ada bau punya. lavender.
memang bau uolls. wangiiiiii tauu…


: : sebelum transformasi : :


: : sedang ditransformasi : :

selain cat dinding, aku beli cat grill. nak cat grill la. takkan nak cat kereta pulak kan…
bertajuk colourland rose pink. rose pink? awww awww…
letih rupanya mengecat nie oh. dah la nak kena panjat kerusi.
pastu cangkung, pastu tonggang terbalik.
sakit pinggang mak okk…

tapi akhirnya berjaya jugak mengecat walaupun terhapa.
dalam gambar nampak ok, cerrrr ko tengok live, bercapok capok..
nangisssss….

setelah berejam-rejam menitiskan bertitis titis peluh petani, akhirnya tadaaaa….
siap jugak. ok ok aku snap gambar nie dah seminggu lepas tu.
sebab lepas mengecat, kami laki bini terdampar kepenatan.
dengan separa bogelnya. so tak nafsu aku nak snap snap gambar.

yang nie encik z cat.

yang nie plak aku tergedik gedik nak cat jugak.
aah bercapok capok secara haibatnyaa.. haha.. lantakkan sana.

selain aktiviti mengecat, aku buat susun atur sikit kat depan.
cehh macam la rumah kau besauu nauu kan normaya nak susun atur bagai.
rumah mak tak sampai 700sf pun uolls…
nanti nak paksa encik z cat jugak lah dinding yang panjang nun.
baru lah ahcunnnyaa.. :p

so sapa-sapa nak mai rumah sementara syawal masih ada nie, roger-roger lah ai.. insyaAllah i menanti dengan tangan terbuka gitu..
nak buat open house bagai, idok ler kot..
ramai-ramai datang, runtuh pulak rumah hamba <<– dialog nujum pak belalang

18 thoughts on “Putih Bertukar Pink

  1. tohniahhhh tohniahhhhh… hehehe tu baru sikit yeeee… tp akak suka wooo aktiviti mengecat ni… tu rumah akak luar dalam cat sendirik jeee… cat dinding I relaaa U.. tp bab cat minyak utk cat grill ke I tak relaaa sangat la renyah.. huhuhu

  2. cantek umah ko
    biar umah kecik pn beb, janji pandai hias
    dr umah besar istana bersepah2 buat ape kan

    *eh jemput la aku dtg umah..kekeke

    • hehe pandai la sangat aku hias kan.. walaupunn…
      ala, ko pun tak yah berajak2 laaa.. meh je dtg.. dtg sekali ngan payiet meh

  3. waaa…. lawa deco umah… devider frame gambor tu menarik… kerusi tangan tu lama dah ku mencari… mana ko beli ek??

Comments are closed.