Sambal Acar Yang Begini!

hari ahad berbuka puasa kat rumah maklong nun di semanggol sana.
ok ini first time untuk puasa tahun nie, aku berbuka kat rumah orang.
ok tolak la rumah mama. sebab rumah mama tu kekira rumah aku jugak la kan..

sebelum waktu berbuka, berjalan di sekitar dulu.
rumah maklong aku nie bebetul berdepan dengan sawah padi.
tapi tak pasti la plak sekarang musim apa.
tapi kok kelihatannya sawah padi adalah menghijau. begitu.

rumah maklong separuh batu separuh papan.
tiba-tiba teringat lagu azian mazwan safuan, rumah kecil tiang seribu.
ok memang takde kena mengena.
suka aku la nak teringat.

paknjang bersungguh-sungguh kait buah kepala. eh kelapa.
aku perasan kan, bloggers ramai yang nak taip kelapa jadi kepala.
napa ek?

kaklong piula bersungguh sungguh mengorek isi kelapa.
mengidam barangkali.
eh, aku tak cerita kat korang lagi kan?
kaklong pregnant.. 3 bulan sudah 😀
so caca akan menjadi kakak. yaya akan menjadi kakak besar 🙂 insyaAllah

makanan banyak gilaaa ok.
yer maksud aku memang terbanyak.
yang dimasak, yang dibeli. macam-macam…
malas nak tarik paper tutup makanan tu sebab ada 2 ekor lalat degil dok berterbangan nak bertenggek kat makanan tu.
seumpama jugak 2,3 ekor lalat yang dok bertenggek kat blog aku nie.

hoiiii normaya!!! sudah-sudah la tu.
i’m sorry. bila teringat cerita lama, bila baca balik email/blog diorang-diorang tu, seriyus menyarippp je darah aku.
tak segampang itu untuk aku memaafkan kamu <<– feel feel cinta kirana.

alaa pihak lawan. tak kisah la apa aku taip menaip kat sini.
ko tatappp jugak akan datang bertenggek kan.
khuatir orang tau, ko bukak blog aku nie kat pc orang lain kan? kan? kan?
baca je la.. aku pun tau dah kemunculan ko.. the mummy returns.
wupsss….

berbuka aku cuma makan 2 ketul ayam golek ngan bergelas-gelas air tebu.
pastu udah kenyang.
lepas maghrib, teman 2 sekupu nie main bunga api.

lepas tu sambung makan lagi.
ingatkan namo makan nasi, tapi sambal acar buatan maklong dan ikan pekasam yang digoreng oleh mama bagai melambai-lambai lalu bersuara ‘makan lah aku… telan lah aku….’
so tak tunggu lama, terus aku ngapp ngapp…

taktau la korang makan ke tak sambal acar nie.
sebab family abang long kat raub sana tak makan.
tapi sedap oh… orgasma berganda u…
terus aku mintak tapau bawak balik kl.
makan dengan nasi panas-panas. perghh.. syorga..

ikan pekasam? pun ada yang tak reti makan ek?
try la… setappp oh…

14 thoughts on “Sambal Acar Yang Begini!

  1. ha ha ha.. kami pun gigih soh laki kait kelapa.. puas minum… fresh.. tak macam kat sini kalo jual tuh kengkadang ais je lebih daripada air.. isi kelapa lak sipi2 je

  2. orang semanggol memang la terbaik arcar and pekasam dia..terliur nie,,raya sure pi semannggol punya suruh maklong buat jugak..huhuhuh

  3. acar jenis tuh selalunya mmg sedap..jenis acar buah namanya..selalunya disimpan untuk dijadikan santapan..leh buat sampingan mencolek walaupun lauk tk dek makan ngan nasik paneh

  4. ayoooooooo sangat sedapnya itu acar… sudah meleleh air liurku.. huhuhu… kalu pedas acar tu lg sedap akak tak suka yg manis… fav akak kutip cili dalam tu dgn bawang.. hehehe… juga lobak masin… ikan pekasam also my fav… mix dua tu.. perghhh tak dak menu lain pun ok je.. nasi sure bertambah2..

Comments are closed.