KFC vs McD

orang dah raya la woiii… perleww ke nak buat entry bukak puasa lagi?
muehehhee.. i’m sorry yer..
aterr gambar semua memang dah ditransfer..
so kasik zass je la.. lagi piula gambar-gambar raya elok molek lagi dalam memory card. sabar yer anak-anak..

isnin & selasa minggu terakhir puasa tu, kami laki bini berbuka kat fast food.
memula kat mcd. kemudian kat kfc.
tapi dedua pun makan lepas kul 8malam gitu.
makan kurma ngan minum air masak lu, maghrib pastu baru keluar gi makan.
baru boleh makan tak terkocoh-kocoh.

kat mcd jalan pahang nun, dah set dalam kepala aku nak makan ayam goreng McD. tapi boleh plak takde. sedih 🙁
last-last makan nuggets 6 ketul sajorkk..

milo ais kesukaanku, bukan kesukaanmu.

encik z makan grilled chicken burger yang double tu.
satu set RM16.80 ok. astaga…
sedapnya idok ler sangat pun kan..

hari kedua yang lain itu.
makan KFC kat wangsa maju nun.
walaupun dah terkeluar waktu berbuka puasa, tatapp meramai orang oh.
ada setengah jam encik z q. pasrah…

kat sini udah ada tv tau. dulu-dulu takde.
ada tiga tv. tapi yang pasang siaran sebenar satu tv je kat depan pintu masuk tu.
lagi 2 tv tu dok ulang tayang iklan KFC sebanyak lapanploh kali.

aku makan hot & spicy shrimp nie saja.
sokayyy laa setapp n layannn jugak..

ingat nak minum milo ais jugak.
tapi dalam set yang encik z amik, ada plak air rose syrup.
so kasik coba. uishh lazattt… so glupp glupp sehingga ke titisan terakhir.

so, antara McD & KFC, korang prefer yang mana lah?

8 thoughts on “KFC vs McD

  1. Kalau ayam sodap..ingat KFC..nak kentang goreng..ingat MCD..nak burger..ingat burger king ;)…nak tambah kalori lagi..ingat pak kenny rogers n pizza

Comments are closed.