Antara Nuffnang, Advertlets, Youthsays & ManggaAd

hari nie aku nak cakap sikit pasal pengiklan-pengiklan yang famous dalam dunia blogging nih.
ok yang pertama-tamanya ialah nuffnang.
siapa blogger yang tak kenal nuffnang, ermm.. cam kepelikan kot.
sebab aku rasa rata-rata blogger pasti kenal nuffnang.

aku mula-mula letak nuffnang nie pun atas dorongan dan galakan kakred dan bantuan abang sirman.
sampai bila-bila pun aku takkan lupa jasa baik dema berdua.
kemudian pepelan aku belajar untuk godek-godek sendiri gitu.
tapi jangan kot tanya apa itu buffered earning, ctr bonus semua tu.
haram aku taktau. yang aku tau duit increased dan terus increased. itu sajorkk.

tapi nama pun maknosia. nama pun blogger.
harus tak banyak, ada sikit perasaan tamak haloba menguasai diri.
so aku cuba beralih arah dengan letak iklan lain.
sebab nuffnang pun dah serve ramai blogger dah.
kot-kot la aku yang picisan nie terlepas pandang ke hapa.
sebab ada satu masa tu, lama bangattt duit tak naik-naik. so sedih.

aku cuba dengan advertlets. aku letak iklan advertlets nie dalam bulan 4 hari tu.
dan aku dah cabut pun codingnya semalam lepas cecah RM100.
mengapakah aku cabut? ermmm…
i’m not saying advertlets nie tak bagus ke hapa.
tapi aku rasa dia punya kenaikan duit tu lagi lambat la oh.

cam nuffnang.. yang terbaru aku cash out. dalam masa 9 bulan.
RM224++. advertlets pulak, dalam masa 6 bulan baru RM105++.
nampak tak? banyak beza nya kan…

lagi satu yang ada ialah youthsays.
cuma youthsays nie berbeza dengan nuffnang mau pun advertlets.
dia tak run iklan otomatik ya.
yang nie bergantung pada unique visitors yang klik iklan/kempen kat blog kita.
so ko kena buat entry (sapa loyal readers aku sure tau lah), dan berdoa supaya readers akan klik link tu.
biasanya satu klik RM0.20.

selepas 6 bulan jugak, aku dapat RM101++.
aku rasa yang hot hot pun sebab link mak khairudin youtube tu dulu.

last but not least ialah manggaad.
nie pun aku jumpa masa dok google-google.
tapi yang nie aku letak seminggu ke 2 minggu jer.
sebab aku pelik dengan pengiraan dia. seriyus pelik.
tak reti nak explain. tapi memang pelik.
ok cukup normaya. dah banyak kali kau cakap pelik nie.


advertlets & youthsays nun, dua-dua aku dah cash out.
so tunggu la maksima 45 hari untuk dapatkan hasilnya.
harap-harap takde la aku kena kenching ke hapa dengan dorang nie.

dan sekarang. tengah tunggu untuk dapatkan balik gliteratti status dari nuffnang.
please nuffnang please please please.
i janji i takkan curang lagi pasnie. huhu….

walau macam manapun, keputusan di tangan anda wahai blogger blogger sekelian. buatlah pilihan yang bijak 🙂

16 thoughts on “Antara Nuffnang, Advertlets, Youthsays & ManggaAd

  1. woh.woh.
    terjawab segala persoalan ttg ads yg ada kat mesia ni
    mekasih sis 😀

    ai setuju dgn opinion sis ttg manggaAd
    sangat amat pelik~

Comments are closed.