Surat Dari Yaya

Dari Pada Yaya.

Asalam mualaikum mommy dan ayah.
Yaya sayang mommy dan ayah.

Sekarang yaya dah besar.
Nanti Yaya akan belajar pandai-pandai.

Yaya dan opah sehat sehat saja.

Mommy dan ayah sehat tak.
Kalau sehat bagi tahu lah.

Bila mommy nak balik Taiping.
Yaya rindu kan mommy dan ayah.

Bila yaya besar nanti yaya datang rumah mommy dan ayah.

Terima kasih untuk mencari duit untuk yaya dan kerja untuk yaya dan untuk membeli baju untuk yaya.

Sekian terima kasih.

P/S : aku rasa ejaan sehat tu mesti opah nya yang eja gitu. aku dah betulkan ejaan tu kat yaya.

para terakhir sebelum sekian terima kasih. berapa banyak untuk daaa.. kesilapan struktur ayat di situ.

dia tulis surat nie dah lama. tapi tak dipos pos pun.
last last masa aku balik taiping hari tu, dia bagi by hand jer 🙂

sedih la baca surat nie. korang sedih tak? ke aku je emo lebih?

16 thoughts on “Surat Dari Yaya

  1. Naluri seorang ibu sememang begitu..namapun anak kan…marah-marah pukul2 pun tetap sayangkan anak tinggi melangit..nti bila sunyi baca blik surat camnih mesti rasa sebak sayu jer kan..jam-jam tuh rasa nak peluk cium dia kan.. 😉

  2. adui..sgt sedih…hanya mereka2 yang pernah or mengalami nasib/keadaan sama je yang mengetahui dan memahami..

  3. sedih je baca… pandai lak tu tulis surat.. panjang-panjang…
    sayu hati la…isk isk.. 🙁

Comments are closed.