Sehari Sebelum Umat Islam Berpuasa

sila baca tajuk dahulu sebelum membaca bait-bait kata yang seterusnya.
ok dah baca tajuk? ada faham?
kerana saya tidak mahu nanti anda berspeku mengatakan saya dan kawan-kawan saya tidak berpuasa pula.
sudah la tidak berpuasa, makan pula di khayalak ramai.

perbincangan awal kami mahu ke restoran tupai-tupai.
tapi rancangan terpaksa dirombak kerana restoran tupai-tupai adalah full house.
steering kereta dibelokkan ke jalan bellamy dengan harapan dapat memakan ikan bakar, sotong bakar atau segala jenis makanan yang boleh dibakar.
pun harapan pecah sebab tiada parking.

akhirnya kami sepakat mau mencuba nasib di velodrom cheras.
agak meramai tapi ada parking. ada seat dan ada makanan.

sehari sebelum puasa, saya kira semua pun nak makan secara tamaknya.
sebab itu lah semua tempat makan adalah memenuh.
ok itu teori saya dan kawan-kawan saya.
jika anda anda teori lain, sila kemukakan di kotak komen.

kita mulakan dengan wajah satu-satunya jejaka di dalam ini cerita.
anda tidak akan berjumpa wajah jejaka lain di dalam entry ini. perchayalah.

dari kiri, naza yang sengal.
dari kanan, kak as yang garang seperti kakak tiri tetapi adalah baik hati tetapi jahat jugak kerana tidak membenarkan saya membayar untuk hidangan kali ini. malah hidangan sebelum-sebelum ini juga.

dari kanan hasinah yang lately nie selalu bagi saya nasihat. tapi akhirnya beliau juga tidak menahan sabar lalu disuruhnya saya bergaduh.
sabar hasin, kita bagi dia peluang sampai hari jumaat nie yer.
kalau takde apa-apa jugak, aku sendiri yang akan singsing lengan berlawan.

dari kiri, eh eh.. perlu ke diperkenalkan lagi?

ok sekarang tiba lah masa yang mencabar keimanan, kecekalan dan ketaqwaan.
dimulakan dengan air minuman.
semua sebulat suara memilih air durian belanda.

datang ke velodrom tetapi tidak memakan ayam kampung seumpama pergi ke cameron highlands tidak memakan strawberry.

tetel daging yang tak berapa sedap tapi licin jugak saya bedal.
pembaziran amalan syaitan. *sambil betulkan kerongsang


: :sayur pucuk paku : :


: : ulam ulaman : :

makan-makan ini adalah bersempena dengan pemergian sham yang akan melanjutkan pelajaran ke lancaster pada bulan depan.
beliau akan fly ke lancaster sebelum hari raya jadi memang tidak punya kesempatan lagi untuk memakan begini.

siapa sham? sila rujuk gambar paling atas di entry ini.

selain itu, kami juga membantu sham supaya tidak terliyur dan teringat-teringat akan kelazatan ayam kampung velodrom di masa depan.

saya tidak tahu lancaster itu terletaknya di mana.
jadi sila jangan tanya saya.

ok sham, good luck. all the best. belajar rajin-rajin.
sila jangan buat-buat lupa belikan aku iPad.  heh.

8 thoughts on “Sehari Sebelum Umat Islam Berpuasa

  1. fav place mase weekend ni..sedaapp gilee..kalo makan 2 org mst ayam 3 ketul..pastu amek kuah ketam..sambal belacan n kicap..tu pun da cukup..fuhhh..layan..aarrgghh..puase laa..tgk terliur da..akak mmg tauu..hihihi

  2. tengok ayam kampong nie..teringat satu tempat femes kat food court kat kg baru dekat HKL tuh…gerai no.2 dari bus stop tuh..uii azab nk makan mahupun amek makanan…penuh sesajer umatnya..kene tggu klu ada meja kosong tggu org bangun jer..juz jual ayam kg goreng & lauk simple2 sajer..biasanya ai amek ayam + ulam2 jer..tp dia punya penangan cicah ngan air asam perrhh balik 2-3 hari terkonang2 lg..;)

Comments are closed.