Nasi Ulam Terbaik

saya balik ke taiping 2 minggu berturut-turut.
sekali sebelum puasa bersama encik z.
sekali lagi minggu lepas semasa puasa dengan adil, adik lelaki kandung saya.
eh eh. macam tak kena bunyinya. asal faham sudah lah yer.

eh eh.. kenapa mukadimah nya sama macam ENTRY NIE jer.
ok saya copy paste. tapi plagiat entry sendiri tidak mengapa kan? heee..

ini kisah minggu lepas.
hari sabtu berbuka puasa di rumah mama.
kadang-kadang tak tahu nak sebut rumah sendiri ke, rumah kampung ke, rumah kedua ibu bapa ke. tapi yang pasti rumah keluarga saya.

adalah meriah sebab kaklong, abang long, caca semua pun ada.
boleh kata cukup korum kecuali encik z saja yang takde 🙁
takpelah, sayang suami ditinggal-tinggalkan. ek eh..

ayoh mari kita mulakan makanan-makanan lazat yang menjadi santapan kami di hari itu.


: : laksa penang – mama masak : :


: : sambal udang petai – mama masak : :


: : sambal ikan bilis – jiran bagi : :


: : murtabak – bukan dimasak. bukan juga dibeli. cuba teka : :


: : jagung rebus – direbus oleh mama : :


: : cekodok pisang – digoreng oleh mama : :


: : pulut panggang – bukan dipanggang sendiri. bukan juga dipanggang jiran. jadi soalannya, siapakah yang memanggang pulut panggang ini? : :

save the best for last!
nasi ulam terbaikkkk wok dari ladang.
dari kecik sampai dah besar gadang nie, mama memang selalu masak nasi ulam untuk kami adik beradik.
taktau nak describe, tapi memang setapppp sangatt..
saya nak belajar, tapi tu la tak belajar belajar jugak he he..

ok ini bukan makanan dan tidak boleh dimakan.
walaupun kaki dia berupa paras ayam belanda, tapi tatap no no no kenot makan.

caca yang tak puasa tapi buat-buat muka tak bersalah.

ini juga bukan makanan. dan sama sekali tidak boleh dimakan.

yaya yang sedang melepek keletihan dan kelaparan.
beliau berjaya berpuasa penuh satu hari di hari kejadian.
syabbas betty…

selepas berbuka, hati adalah riang lalu bermain bunga api bersama-sama.

counting days. kurang 3 minggu saya akan pulang ke rumah keluarga ini lagi.
21….. 20….. 19….. 18….. 17…… zzzzzzzzzzzz….

12 thoughts on “Nasi Ulam Terbaik

  1. jawapan soklan terakhir…sah beli..hehhehe! bru semalam menu bebuka sya masak kene mengena kerabu..tp nasi goreng kerabu..bab-bab kerabu nie sememangnya sentapppp jiwa raga 😉

  2. sambal petai tuh nampak sungguh menyelerakan..

    dan caca sangat comel dengan baju skolah yaya..hik hik

Comments are closed.