Mayah Sopiah is SALT

tajuk tak boleh blaa. perasan nau kan…

pastu, orang pergi tarawikh, ko gi nonton movie bagai kan normaya.
molek sangat la tu perangai. molek molek..

sebenarnya aku dah lama tau nak nonton filem salt nie.
dah ngiyau ngiyau kat encik z dari memula filem ni kuar kat panggung lagi.
tapi dia tu asyik la membz dengan hoki dia.
muka pun dah macam stick hoki aku tengok. heh.

tu yang terpaksa bangat jugak pi nonton semalam.
alasan terbaik. gagagaga…

sapa dah nonton filem salt nie? setuju tak kalau aku kata filem ni adalah terbaik dari ladang? serba serbi cukup. kira kalau ikut masakan secukup rasa gitu la.

memula macam confuse, towards the end baru ko akan ooooooo gitu rupanya.
tapi takde la cam pelik tak paham ke tidak la.. tapi tatapp ko kena pikir sikit.
ada otak kan katanya. kalau manjang taknak pikir, lelama otak ko pun karat.

tapi kan, angelina jolie nampak cam cengkung dan tua la dalam ini gambar.
encik z pun kata gitu. aterrr dah berumur kan.
tapi walaubagaimana pun, filem ni tatapp tak boleh lawan kehebatan lara croft.
terbaik ohh.. expecially masa lara croft lawan ikan jerung uuuuu…
korang tengok tak lara croft?
buat muka pelik-pelik je semua macam tak paham. heh.

aku baca kat majalah mana ntah, actually watak utama filem nie sebenarnya tom cruise. tapi sebab tom cruise membz, lalu tolak offer nie.
kemudian skrip pun dirombak dan diganti dengan angelina jolie yang lebih mantop. bibir dia mahal kooo… terjuih juih awummm…

ok kesimpulannya, filem nie terbaik.
sapa lom tonton, sila tonton sekarang jugak.
tapi kalau tak sempat, sila dapatkan DVD berdekatan.
insyaAllah berbaloi baloi.

sekian dari saya, SALT wannabe. terima kasih.

4 thoughts on “Mayah Sopiah is SALT

Comments are closed.