Main Kad Bersama Orang Asli

setelah satu jam berhempas pulas mendaki, alhamdulillah…
aku selamat jugak mendarat ke tempat yang dituju.
kadang-kadang tu la, mental kita selalu je kata kenot kenot kenot..
tapi sebenarnya boleh, tul tak..?

tapi tengok la. aku sorang je yang duduk.
lain semua masih kuat dan semangat berdiri.
mak sesak napass uolls..
dah tua kekdahnya. dah tak larat nak daki bukit jungle trekking bagai.
aku ingat aku nak pencen la kot. hukss…
ntah-ntah apau pun dah taknak bawak aku lagi pasni.
kasik susah saja ini perempuan. hu hu…

apau sedang memberi penerangan ringkas tentang hutan dan pokok-pokok di kawasan yang sewaktu dengannya.

according to the plan, memang perjalanan kitorang sampai sini je.
tapi yang lelain gatallll plak nak trekking lagi sampai ke depan sinunnn.
of coz la aku awal-awal dah menolak. koserrr oiii..
lagi piula apau kata depan tu takde apa menarik pun.
sementara yang lain gi sana, aku duduk menumpang kasih kat pondok orang asli nie.

sib baik dorang semua leh cakap bahasa melayu.
sokayyy la boleh berkomunikasi.
cerrr kalau tak boleh. pitam berborak ayam itik kekdahnya kan…
memula aku nengok je dorang dok main kad nie.
last-last aku joint venture. he he…

omaknya bernama juriah. anak pompuan besar maria.
anak pompuan kecik mala. dan anak lakinya ronnie.
semua pun tak sekolah ko. sedih kan.
yang mala tu sebaya yaya 6 tahun.
tengok dia, teringat la haiiihh anak aku.

dah la memasing stok tak pakai selipar.
main jalan redah je semak samun. kaki ko jangan cerita la.
berbirat sana sini.
pastu yang si kecik tu pulak kaki dia cam nanah gitu.
mak nya dok cungkil guna jarum. hadoiiyaiiiii…

yer la, anak ko kat rumah, batuk sikit ko dah tak senang duduk.
selsema sikit berlari ko bawak gi klinik.
ini dengan segala comot nya. hinguss. rambut berkerak.
sedih plak aku nengok. sob sob…

tetengah melepak, sampai bebudak motorcross nie.
siap berenti sekali melepak kejap dengan kitorang boleh?
tapi bagus lah korang semua ni dik.
dari melepak tak tentu hala, buat aktiviti gini pun sodap kan.

semangat suh aku amik gambar nie ha.
suh jengah blog dorang.
kot sapa-sapa ada minat nak joint bebudak motorcross nie, haa korang gi la blog mereka. KLIK SINI.

sebelum balik, aku hadiahkan towel pink ni pada mala.
happy sangatt ko muka dia dapat towel ni.
aku pun tak bawak duit ke, makanan ke. kalau tak, leh gak bagi kan.
aku semata-mata bawak air mineral botol kecik je.

eh lupa plak nak bagitau. ini pondok dorang je.
bukan rumah. dorang duduk sini tunggu durian gugur.
aku ingatkan dorang datang pagi, balik petang.
tapi nehi nehi. dorang tidur sini okkkk…. pergghh gila kentall..
pondok tu jenis terbuka je tau.
so ko pikir la sendiri menatang apa leh join sekaki tumpang tidur kan.. huhu…

dekat 3 jam aku tunggu yang lain tak sampai-sampai.
aikkkk takkan aku kena tinggal kot. sib baik sebelum kul 12 tengah hari, fin & abang shah terjengoi.
katanya yang lain dah jauhhh jalan ke depan. diorang tak follow.
sebab memasing perut dah melapar, so amik keputusan nak balik khemah dulu.

bye bye juriah, maria, mala & ronnie…. 🙂

2 thoughts on “Main Kad Bersama Orang Asli

Comments are closed.