Serunya… Pengabdian Syaitan

khamis lepas aku gi nonton filem mantra.
tak sabar-sabar kann.. 1st day tayangan terus tergedix nak pi nonton.
heret payiet & nikolas sekalik. walapun aku tau si payiet tu separuh hati je nak pegi.
tak kira. aku heret jugak. muehehhehe…

nonton di wangsa walk sana. amik couple seat. sukerrr sebab boleh sandar sandar peluk peluk bila takut. tehtehtehteh…
sebelum masuk panggung, makan hot & roll yang setappp itu.

ermmm.. pasal filem mantra nie kan.. ntah ler nak kata best tu takde la best sangat.
nak kata tak best, ermmm sokayy la..
selalu bila aku nonton filem, dalam kepala mesti dah ada idea nak update apa.
tapi filem mantra nie aku cam ishhh apa nak update ntah..

ok citernya mengisahkan pengkhianatan seorang kawan melalui ilmu hitam.
motif nya nak merampas wife pada kawan dia.
hasbi mengkhianati muzir untuk merampas ani.
pastu muzir kena tangkap sebab sudah gali mayat dari dalam kubur, makan segala usus organ mayat tu. uweekkkk…

tapi ko ingat dia suka suki je nak makan mayat tu?
terpaksa kok. terpaksa bangat sebab nak selamatkan ani yang masa tu dah kena sumpahan ilmu hitam segala nie.

masa dalam penjara, muzir sudah dipengaruhi oleh seorang lagi banduan pengamal ilmu hitam yang share sama sel dengan dia.
harus la nak balas dendam uolls.
so bermula la upacara pembacaan segala mantera seru syaitan untuk bantu dia melepaskan diri dari penjara.
tapi adalah kesusahan sebab sekeliling sel tu dah dipagarkan dengan ayat-ayat suci al-quran.

paklong muzir terdesak sebab wife dia pun udah kena ilmu hitam.
so si muzir bagi syarat, kalau paklong tolong padamkan segala ayat suci al quran kat keliling sel tu, dia akan selamatkan wife paklong.
gitu la kekiranya.

fakta menarik tentang filem mantra.
1. zul handy black bogel uolls atas perahu. nampak bontot. awwwww…..
tapi taktau la kot-kot dia pakai g string ke, camera trick ke.
tapi kalau ikut mata aku, nampak bogelllll.. nyehhhh…

2. scene dalam penjara masa air hitam melimpah naik. pastu muzir muncul kat paya. lain dari yang lain. agaknya gini la kot cara pengamal ilmu hitam yang selalu ghaib-ghaib tu ek..

3. dengar katanya, filem mantra merupakan filem seram yang pertama dan terakhir menjalani penggambaran di penjara pudu yang berusia lebih 100 tahun tu. dan dah dirobohkan pun kan.. lucky them.

4. pastu kan.. dengar katanya jugak mantra-mantra yang dibacakan dalam filem nie semua adalah mantra asli dari jawa dan siam. so dont play-play uolls. jangan nak gatal gedik plak main baca-baca mantra nie semua okeyy…

5. ‘Mantra’ merupakan filem seram pertama menggunakan ‘cinemascope’ yang setaraf dengan filem-filem Hollywood. tapi ko jangan tanya aku cinemascope tu apa. mak tak tawuuu… heh.

before nie aku ada la tengok gambar ana dahlia, pelakon yang bawak watak ani tu. berkemban. ada la cam kontroversi konon kata dia tak pakai baju la, tak pakai bra la, tak pakai spender laa..
ujung-ujung dalam filem, takde la seksi mana pun…
propa lebih okkk…

moral of the story. jangan dengki khianat la dengan orang. lebih-lebih lagi dengan kawan ko sendiri.  kalau dengki pun, dengki gitu-gitu sudahlaa..
tak payah la ko nak hantar ilmu hitam segala.  no good laa..
kalau kawan-kawan ko bahagia, ko tumpang gembira je takleh?
untung nasib manusia mana sama kan. ko kurang kat situ, lebih kat tempat lain.
gitu la sebaliknya.. so sila bersyukur dengan apa yang ada..

kesimpulannya, ermmm… korang nak gi tonton pun ok.
tak tonton pun ok. ikut sukati korang la ek…

6 thoughts on “Serunya… Pengabdian Syaitan

  1. sy pon dh tgk…tp kat MBO ampang…

    betol3…nak kata best, xde la best sgt…xbest pon biasa2 je…pastu x tahu nk ceta cmne…pasl sepnjang tayngn byk mantra je…

    tp malam tu org gelak x time muzir dtg ckp romantik kat ani yg tgh jemur baju???gile kelakar part tu 🙂

    • emy perasan tak suara zul nie macam awie kan..
      so masa dia ckp kt ani tu, cam romantika d amor laa…

  2. aku terpaksa menutup mata bab makan makan mayat tu je. yang lain tak seram langsung, wah riak nih huahuahuahua

    ps: last mek tgk cer hantu kat wayang adalah zombie kampung pisang :p kelakar seram uolls

Comments are closed.