Pertama Kali Merebus Jagung

entry tentang perkhemahan di lata kijang aku terpaksa hold dulu ya.
cam besa lah, gi trip cenggini nak kena compile gambar dari kamera dulu.
baru menarik tertarik kababom nak bercerita kan..

ok masa on the way balik dari lata kijang nun, kami transit di kampung chennah.
transit kata ko normaya. walhal memang dah takde jalan lain nak lalu ko.
kira kampung chennah nie ala ala pintu masuk nak ke lata kijang la gitu..

oh pasal korang dok bertekak-tekak pasal lata kijang kat tapah la.
lata kijang kat jelebu la. ntah la noksss… mak pun keliru.
mungkin kah dulu gamaknya lata kijang jelebu ni namanya lanta kinjang?
ataupun lanta kijang? atau lata kinjang? atau lantak kan sana?? ek eh…

tah lerr.. aku tak tauuuuu…
yang aku tau namanya memang lata kijang.
kesilapan lain, diluar pengetahuan patik yaaa…

ok teruskan.
di kampung chennah, aku sudah beli jagung longgok-longgok.
7 ketul jagung berharga RM5. ntah haku pun tak pasti murah ke mahal.
dah semua orang kalut-kalut beli, harus mak taknak ketinggalan…

petang tu jugak aku merebus 2 ketul jagung.
harus pertama kali aku buat ko. aterrr… mak kan tak reti hal ehwal masak memasak nie.. so kasik can la mek menciwi yo..

memula ko bersihkan la kekotoran degil kat jagung-jagung tu semua..
ada tanah-tanah sikit kat janggut dan kulitnya..
dah yakin elok bersih suci dan murni, ko campakkan je la dalam periuk.
sebelum tu, isi penuh lu air dalam periuk tu.
eh takde la penuh nauu. tapi pastikan 2 tongkol jagung tu tenggelam di dalam air yaaa..
terkangkang-kangkang jagung aku kan.. haiyaa…
jangan lupa masukkan sedikit garam dan sedikit gula secukup rasa..

aku sebenarnya taktau nak masak berapa lama tau.
end up aku bukak api kecik.. dalam sejam gitu baru masak. ekekekeke..
lantakkan sana. janji masak sudehhh….
so korang yang haibattt bab merebus jagung bagai nie, sebenarnya berapa lama ek nak rebus? api kecik ke api besar lah?

lepas masak, masa panas-panas tu, sapukan planta/mentega/marjerin.
biarkan planta tu meresap di celah-celah lubang bijik jagung itteww…
dan selepas itu.. siap sedia untuk dimamam!

yumm yummm… setappp jugak eh…
tak sangka, berbakat jugak aku dalam hal ehwal rebus merebus nie..
tapi bukan takat berbakat rebus jagung je tau uolls..
rebus ‘orang’ pun aku berbakat.
al maklumlah… aku kan kaki gaduh… tahun nie je berapa orang aku dah gaduh.
tak gitu pihak lawan? upsss…..

14 thoughts on “Pertama Kali Merebus Jagung

    • pasti la sedap. tengok la sapa masak. ecehh.. walaupun setakat rebus je kannn…

  1. Kak..buat puding jagung pun best..puding ke erk? opps..kastard jagung la..dapat jagung fresh memang sodap..ok la tu rega eh rm5..murah tu..dpt la 7 ketoi kan…ayat yang sapu marjerin kat celah2 b***k tu..ngeri noks…..

  2. Lain kali bila merebus jagung lagi, ko bukak api kekuat.. biaq dia mendidih terus air tu…. pehtu takyah lama pun dalam 20 minit dah OK dah… apapun tahniah sebab berjaya jugak merebus jagung… kalau ada lebih lagi jagung tu.. buat cucoq jagung..bestttt

Comments are closed.