Hawauu Punya Kucing Hitam

ok cerita nie dah lama. tapi sebab ada sesuatu telah terjadik semalam.
mengingatkan aku balik pasal cerita nie. so mau kasik share sama korang.

ceritanya begini.. ada la satu malam tu..
cam biasa kami laki bini melepak kat depan melayan tv.
pintu depan adalah terbukak. (cehh macam la rumah ko ada pintu belakang kan normaya)

pastu encik z sudah tertidur kat depan. kira-kira jam 11 malam gitu.
aku plak masuk toilet dalam bilik. masa keluar dari toilet tu kan, aku cam nampak kelibat bayangan hitam yang berdesupp lari keluar dari bilik ke ruang tamu.
ter opocot la aku dibuatnya.
ok bayangan hitam itu bukan kuntilanak, hantu long piah maupun hantu tetek yer.
itu ialah kucing hitam.

ok teruskan… aku kejut-kejut la encik z.
encik z pun yo yo o bukak semua lampu. pegang penyapu lalu menyeru-nyeru memanggil kucing hitam itu. tiada jawaban.
setelah beberapa lama, encik z yakin kucing hitam itu telah keluar dari rumah kami.
aku pun sepantasan la mau katup pintu depan.

tetiba kan uolls….. ada 3 ketul tahik bertebaran (penipu nauu bertebaran).
ok sebenarnya berlonggokan depan pintu rumah aku.
hamboiiiiii melampau ko kan kucing hitam.
depan rumah mayah sopiah nie ko meninggalkan najisss???
dah habis pikir??? rasakan ko kena hanjeng dalam blog aku ini..
pitammm dengan kucing pun ko jadi modal bergaduh kan normaya??

nak taknak kena la aku bersihkan tahik si kucing hitam itu.
tak pasal-pasal menjadi pencacai najiss di dalam rumah sendiri.

dah lepas-lepas bersihkan tahik tu, aku letak la status kat facebook.
ala standard laaa letak status-status gini kan..
korang tu, terhapa hapa status lagi aku tengok..
breakfast apa nak letak kat status, taktau nak makan apa letak kat status.
sakit perut la, sakit hati la… boring duduk rumah la..
terhapa-hapa status lagi korang letak kann…

sokayyyy la aku letak status lebih kurang berbunyi ‘hampehh punya kucing hitam. berani ko berak depan rumah aku’
gitu la lebih kurang.
tetiba….. ada la plak sorang minah sengal nie komen kat status aku tu.
dia kata apa tau.. lebih kurang gini la ayat nya.. ‘eleh, benda macam nie pun nak letak kat status ke? macam budak-budak’

coiiiiii… tak ko hangin bila membacanya?
ok la memang minah nie dalam friend list aku. tapi aku idok ler pun baik dengan dia. in fact masa sekolah dulu memang gaduh pun.
tetiba nak baling-baling ais waktu rehat kat kantin.
kenapa ko?

tapi katanya cerita lama jangan diungkit.
kalau asyik ungkit kisah lama, bila nak maju kan…
so lupakan kisah itu.
dia add aku kat facebook. aku pun being nice accept je la.
ujung-ujung terhapa hapa komen ko kan..
dan masak elah nya lagi, siap dia monitor komen-komen orang lain.
esoknya, terus aku remove dia. lantakkan ko sanaaaaa… puiiii….

besides komen dia yang sengal itu, of coz ada komen-komen lain dari kawan-kawan yang amat menyenangkan hati aku.
yang paling lawak antaranya dari sashi, fay & bhas.
nie pun ala-ala la bunyi nyer yer. harus aku dah tak ingat dah.
1. tarik ekor kucing tu, duduk atas dia.
2. bawak kucing tu pergi toilet, suruh dia berak dalam toilet
3. tangkap kucing tu dan suruh dia makan tahik dia!

see see… hidup ini mudah. kenapa ko nak menyusahkan diri ko dan orang lain?
kenapa kena jugak komen yang tidak-tidak?
pepatah pernah berkata ‘kalau kita takde benda baik untuk dicakapkan, lebih baik kita diam’. betul nggak??
unless kalau ko nak cakap benda tak baik kat blog ko, so lantakkan lah..
(nak jugakkkk membela diri)

tapi takyah la ko nak gi blog orang.. nak komen-komen..
gi facebook orang, monitor komen pastu komen terhapa-hapa..
please laaaa……

so kira dalam kategori nie. adakah aku yang mencari gaduh?
masih jugakkah aku dicop kaki gaduh?
aku takde sibuk-sibuk nak kacau life orang. selagi ko tak kacau dan menyusahkan hidup aku.
tapi once ko dah buat onar kat aku, no mercy.
but kalau ko mintak maaf kat aku, insyAllah aku maafkan.
aku nie pemaaf orangnya. la la la la la la…..

ah sambung balik apa yang jadi semalam, yang buatkan aku tulis entry nie.
sampai je kat rumah kul 7 malam gitu.
nampak sekor kucing hitam lalu depan kitorang.
pastu dia pandang aku. dia pandang encik z.
muka ada riak-riak cuak… ketakutan..

tetiba encik z bersuara ‘nie mesti kucing hitam yang berak depan rumah kita hari tu. sebab tu dia takut je tengok kita’
terus mencicit kucing hitam tu lari koooooo….

adakah kucing sekarang sudah canggih?
sudah memahami bahasa manusia? heh!

12 thoughts on “Hawauu Punya Kucing Hitam

  1. hahahahah..klakar la perenggan akak yg last tue..akak siap bole baca mimik muka kucing tue lagi kan..tau je muka dia tgak cuak2 and ketakutan..tp suka ayat ‘klu kita tak da benda baik untuk di cakapkan baik diam’ bole masuk dlm status FB nie…

    • ala awk pun boleh agak… muka kucing cam teragak2 gitu…
      cam kita nk pukul dia.. haa camtu laaa.. hihi…

      tp betul kan.. kalau takde benda baik nak dicakap, baik diam sajorkk..
      biar la orang nak kata pendiam ke, tak ramah ke.. sombong ke..
      lebih baik begitu dari menceceh yang tidak-tidak he he

      • betul tue..tue yg sy amalkan..walaupun sy baca blog org arie2 or masuk FB seseorg tue selalu tp klu sy rasa tak da benda nak ckp..sy just baca jer tak da nak komen2..

        • haa itu yang termolek..
          kalau ada komen yang membina, baru lah komen.. jika tidak, berdiam lebih baik. cewahh

  2. aduhaii..andainya kucen tuh leh baca blog u nih…harus mati berangan depan pintu umah..hehehehe 😉

    • tak pun dia call lawyer saman i.. walaupun tak sedar diri dia yang buat salah kannnnn

    • bukan kata orang je kalau buat salah dia takut. binatang pun begitu tau…

      so mmg tak salah la kalau akak bengang kann..

  3. i pun penah alami kes camni.. ada sorg kwn skolah lama tp takdela rapat mana.. add dia kat fb tp dia punye komen sume menyakitkan hati.. sudahnya mak delete je dia noks.. pueh hati aku..

Comments are closed.