Melawat Sangkar Ikan

ok semua gambar pulau ketam aku dah transfer ke draft.
harap-harap by this week boleh setel kisah pulau ketam ni yer.
harap-harap korang tak boring la.
tapi kalau korang boring pun, apa aku kisah?? huahuahua…

pagi hari sabtu tu, kami mau gi melawat sangkar ikan.
fish farm kata orang putih.


: : lorong bilik : :


: : jangan pilih jalan hitam : :

kitorang amik pakej dari agensi seperti di bawah.
harga errr tak silap aku RM15 sorang. tu la lambat lagi update.
habis semua info sudah keterlupaan.


: : tunggu bot sampai : :

akhirnya bot pun sampai. harus la naik share-share dengan orang lain.

perjalanan dari jeti pulau ketam ke fish farm dalam 20minit gitu.
kawasan fish farm nie besar gak tau. boleh tahan la.
ada beberapa jenis ikan kat sini.
tapi aku ingat satu je. iaitu ikan kerapu.
paling diminati, permintaan tinggi dan harga pun mencanak.
siap eksport ke hong kong u.
katanya 2 minggu gitu baru tongkang dari pulau ketam nie sampai ke hong kong sana.
orang hong kong suka makan ikan kerapu oh.

masa kitorang sampai memang ngam waktu makan ikan.
so apa laga, melompat lebih tinggi la ikan-ikan nie nak makan.
ikan makan ikan. tehtehteh…

so ko kena berhati-hati la bila kat sini.
kalau tersilap langkah ko jatuh dalam sangkar ikan tu, harus la ikan-ikan to robek badan ko sebab ingat ko makanan diorang kan..


: : tengah khusuk dengar penerangan pemandu pelancong : :

wah pemandu pelancong kata ko kan normaya.
belasah je la. masa nie kitorang je grup melayu.
lain semua cina. so dia banyak cakap cina la.
dia cakap melayu bila aku selit-selit tanya soalan itu ini.
mesti dia menyumpah sebab nak kena translate bagai. ekkekeke…


: : ikan sebesar lengan : :


: : berlatarbelakangkan sangkar ikan : :


: : ini namanya bubu : :

bubu nie disembunyikan di bawah sangkar.
sebab ada jugak ikan yang bijak pandai memalam hari dia lompat keluar oh.
tapi jangan ko mimpi nak keluar terus ke lautan yer ikan.
pasti ko terperangkap di dalam bubu itu.

satu yang aku tak boleh tahan kat sini kan..
ada banyakkkkk ekor anjing.
anjing ni kira tugasnya nak jaga ikan-ikan la kot.
dari pencuri. mesti penah ada kes la kot malam-malam pencuri datang nak curi ikan.
tu yang diorang park anjing kat sini.
besar-besar godang plak tu. choii betul..


: : encik z tengah ejek aku yang ketakutan anjing : :


: : love this shot. natural & sincere : :

dalam setengah jam rasanya kitorang berkenalan dengan ikan-ikan kat sini.
lepas tu kembali menaiki tongkang untuk ke destinasi seterusnya…..

stay tune… 😉

8 thoughts on “Melawat Sangkar Ikan

  1. ikan yang sebesar lengan yang kepala dia muncul tu macam scary sikit. oh…saya mmg xsuka ikan.

  2. teringat masa kekecik sker p pelantar ikan…
    kata org kola kan…bes bes bau laut…
    tapi kalau bau ikan baja, kenot tahan ooooo

  3. Panas kan waktu nih. ko ngan nikol bijak ek, bila anjing datang semua sembunyik bakang aku, ujung ujung aku yang kene gigit huh

Comments are closed.