Cara-Cara Mengorder Sandwich di SUBWAY

ok ini kali pertama aku makan kat subway. sian aku kan.
so kata kali pertama, so harus menjakun dengan haibatnya.
sib baik payiet dah lapanploh kali makan kat sini, so upacara order mengorder kita serahkan kepada beliau.

kaktin cam biasa lah, guna kuasa veto beliau.
dia nak bersenang lenang duduk. kitorang je yang beli.
tapi dia baik hati tolong lap kan meja makan itu heh.

so entry ini khas untuk sesiapa yang teringin mau makan di subway.
tapi adalah ketakutan dan keragu-raguan untuk mengorder.
tapi pada siapa yang dah biasa makan kat subway, boleh abaikan entry ini.
mekasih.

pertama-tamanya ko kena pilih ko nak sub apa.
ada 4 yo. classics, basic, hot subs & local favourites.
(lupa nak snap gambar hu hu)

pastu pilih ko nak roti apa.
6 inch (6 inci?? sila jangan birukan pemikiran anda) atau footlong.
dan roti ada 5 jenis kesemuanya.
italian, wheat, honey oat, parmesan oregano dan hearty italiano.
tak silap aku payiet pilih honey oat kot.

pastuh choose your toppings.
aku tak ingat la yiet pilih apa. tapi kalau ko tanya aku, semua pun aku bedalll..

pastu choose your sauces pulak.
mandat diberi pada payiet untuk letak sauces apa.
sekali lagi kalau ko tanya aku, aku suh letak semua yang adoo..
muehehhehe…

haaa pastu sandwich telah pun siap sedia untuk dimakan!

jangan lupa order air jugak. kang tercekik ko jugak yang susah.
setiap refill di caj RM1. so jangan gila-gila nak refill membabi buta.

kalau ko kebulur sangat, boleh up dengan cookies yang ada di sini.
biskut kelapa tu cam menggiurkan laa..

kaktin makan nie. meatball marinara.
tapi aku tak berani nak ngecek sebab nampak dia cam kelaparan je.
kang diharuknya aku plak.
dengan sapa aku nak kawan. aku dah la tak ramai kawan. sian.

aku dengan yiet amik yang footlong. roast beef.
pastu of coz la kerat 2.
setapppp… sukerrr…
dan paling best sebab kenyang lagi berkhasiat…

pasni aku nak try yang lain lah pulak.
semua pun kelihatan menarik tertarik.
steak & cheese, subway club, turkey breast. ishh banyak lagi lah..

haaa ni ada kisah benar.
ada sorang orang ni kan.. nama dia Jared Fogel.
dia berdiet dengan memakan subway sandwiches jer.
tapi of coz la kena ada senaman sikit.
tapi senaman dia cuma rutin berjalan setiap hari.
dia takleh senaman yang hebat-hebat sebab berat badan dia 193 kg u…

Jared cipta sendiri dia punya subway diet istimewa dan dari 193 kg tu, berat badan dia turun sebanyak berkilogram metrico.
dan sekarang berat badan dia 86kg je!
hebat tak hebat tak..

so pada sesiapa yang sedang berdiet, boleh la masukkan subway sandwich di dalam diet anda… :-p

18 thoughts on “Cara-Cara Mengorder Sandwich di SUBWAY

  1. Subway mmg best kak..he..he..he..tetiba da terliur plak da..since akak mmg blh mkn sumer ptut cuba sume menu yg ade,puas ati sesangat..mcm saya ni,daging ke apa ke mmg x mkn kecuali ayam jek so d best yg saya suka Roasted Chicken n Chicken Teriyaki..

  2. kita baru 4-5 kali makan Subway ni & setakat ni, mmg steak & cheese saje yg jadik pilihan.
    tak tau lah nape, tak reti nak order yg lelain.
    hahahah~ anyway, subway mmg terbaek!!

  3. aku sudah ketagihan nyah, tak tau la kalau lam tu ada taruk kas kas kan huhuhu apa laga, kita up la next week, ada bran?

    Topping semua balon, saus hanya mustard ngan chili sahaja, mayo no good, trus tak diet jadiknya

  4. say no to subway..muahahaha me don taste so much *mampos ayat english berterabur walaupun attend english class*…
    layanssss

  5. indeed healthy! :D… parmesan oregano is recommended, we love it. it goes along with every sub menu… and pick every green… dash it with mustard, bbq sauce,thousand island, oil & vinegar. Be saucy, daring and fun with your subways… it’s super yummy and rich. highly recommended 😉

  6. steak n cheese kak..footlong..parmesan oregano..extra olive oil..sedaaaaapppp..aaa..kan da teringin dah..blik ni trus g wwalk la nampaknye..hihi

Comments are closed.