Berjaya Menjejaki Kaki ke Bumi Pulau Ketam

setelah lebih kurang satu jam 10 minit berpeluh ketiak dan berpanas hati dalam tongkang tu, akhirnya kami selamat sampai di crab island.
kann.. crab island katanya…
tapi kalau nama tempat mana boleh tukar sesedap tekak je kan.
contoh macam pulau perhentian. adakah kita boleh menukarnya menjadi stop island?
nama tatapp kekal nama oh. tak boleh translate suka suki tau.
ingat tu anak-anak.


: : dorang bermuka happy. aku plak bermuka confuse : :

sekejap je confuse. aku selalu gitu.
kalau gi mana-mana memula mesti confuse cam.. ‘eh eh aku dah sampai sini’
begitu..

kemudian muka ada sinyummmm jugakk..

kedatangan kami disambut oleh anak-anak ketam yang berkeliaran.
????? kata mereka. yang bermaksud welcome to pulau ketam.

kami menapak dalam beberapa minit untuk menuju ke pulau ketam inn.
aku dah buat reservation awal.
takut la jugak penuh kan. sebab masa tu cuti 3 hari.

dan seperti kebiasaan, aku jugak la yang uruskan segala bab bab meng check in nie. juga bab-bab belanjawan. semua di tangan haku.

sempat lagi posing kat tangga kan. layannnn…

bilik yang kami stay nie berharga RM88 sahaja.
agak berbaloi-baloi lah.
ada 2 katil kelamin. wahh kelamin ko panggil normaya..

pastu ada tv jugak. walaupun siarannya ala-ala semput asma gitu.
janji adoo la kan..
dibekalkan juga 4 botol air mineral untuk menghilangkan dahaga.

tapi yang tak boleh bla ialah toiletnya.
yer, ada toilet dalam bilik. tapi kan… dia punya sistem pernafasan adalah tak logik. sebelah atas tu terbuka.
kira kalau ko melepas cirit birit bau semerbak la menghiasi sekitar bilik.

encik z awal-awal lagi dah sakit perut.
terpaksa la aku gunakan kuasa veto dengan menghalau beliau supaya melepaskan hajat di toilet luar.  pergi kau berak di luar sana… keluar! keluar! (ala-ala kak nora dalam drama takbir raya heee)
aah kat sini ada toilet luar jugak. kira harga bilik lagi murah la sebab tak attach dengan toilet kan.

dan lagi saiz toiletnya adalah besar sikit dari kangkang kera.
kalau berat ko melebihi 70kg, ko pikir lapanploh kali la before masuk toilet nie.
takut kang dah masuk, tak boleh nak keluar pulak.
sempit u!
encik z terpaksa panjat atas toilet bowl tu nak mandi.
yiet pulak berhempas pulas bengkokkan kaki..
kata kaki ala model kan. heh.

sampai bilik, terasa kelaparan. so korek-korek beg cari makanan.
ngapp ngapp roti.

tapi rasa tak cukup orgasma plak makan roti saja.
kata tembolok sebesar tempayan.
so kami laki bini makan mee maggi cepat dimasak sedap dimakan.

dah kenyang perut, bukak lappy online kejap.
connection tak berapa best la kat sini. ala ala kejap ada kejap takde gitu.
tapi still boleh la nak skodeng-skodeng blog korang.

tetengah syiok online tu, tetiba terdengar suara orang berkeroh.
pandang kiri kanan, rerupa 3 jejaka tu dah lena diulit intan.
letih plus ngantuk la kot dema tu. aterrrr perjalanan jauh benauu..
mengalah nak pegi mana…

aku biar diorang tidur kejap. sat sat gi baru kejut…
nak ronda-ronda sekitar pulau ketam.

so, u guys wait forever la eh untuk next entry…

6 thoughts on “Berjaya Menjejaki Kaki ke Bumi Pulau Ketam

  1. bestnya kak maya, leh la pi jenjalan sana sinun…Lisa lepas kenduri ari tu terus pi Genting jer..itu pun balik hari..prehoneymoon la konon, eh jengah la gambar kahwin Lisa…

    • ala takpe.. simpan duit bebanyak nnt leh jalan jejauh lagi..

      dah jenguk yang.. berseri2 kamu yer

  2. hahaha kak ya… x dgr ke anak2 ketam tu kate ape…. die cakap kedai mkn paling sedap crabby patty…. alah yg sponge bob jaga tu hehehe… ape pun tv mmg semput, sampai kite skali sempat nengoknya hehehe

Comments are closed.