Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari… Ek Eh..

hari nie aku nak menciwi dengan 8 jenis hadiah pemberian orang.
8 okkkk… bukan 1, mahu 2 apalagi 3. tapi lapann…

hadiah pertama datangnya dari kakdina.
katanya tanda terima kasih sebab hari tu bagi prezen anak beliau yang baru lahir.
sejenis sepit baju berwarna pink yang mencomel. sukerr…

kemudian fridge magnet yang diterbangkan dari cameron highlands sana.
dibeli oleh adiktiriboboy. aku benarnya order strawberry.
tapi dibelinya aku fridge magnet nie plak.
dah la di bagi aku rose. why rose why why why???
napa kaktin dapat lori mek dapat rose???
mek nak lori jugakkkkk….

aku tau pasti ko nak jawab ‘sebab ko manis macam bunga ros nyah. kaktin lak sebesar lori’. derhaka kan ko nyahh..

sib baik kaktin berfikiran positif. katanya itu lori strawberry lalu kaktin adalah pemilik lori strawberry itu. bagus kaktin.
semangat ginilah yang kita mau. positippp sentiasa. walaupunnnn…

yang nie pulak dedua diterbangkan dari beijing china sana.
chopstick dibeli oleh kak ada. manakala keychain dibeli oleh naza.
alaaa nak gi beijing jugakkk..
apau ajak pegi bulan julai nie. tapi mana nak cekauuuu duittt…
sob sob sob…

keychain tangkuban perahu nie naza bagi jugak.
lepas je gi beijing, terus dia fly ke bandung pulak.
kelas ko kan perempuan. fly sana sini.

pen ini pula diberi oleh adiktiriboboybongsu.
baru-baru nie dia gi melawat kakak nya di miri sarawak sana.
menjeles je nengok dia makan mee kolok. nak jugakkkkk….

aku makan dulu masa gi kuching uuuuuuuu setappppp….
makan kat pasar satok. alaaaa bila lagi nak gi kuching nie.
ngada ko kan normaya. semua tempat ko nak pegi.
walaupun ko kemiskinan tegar kann..
takpe uolls.. yang penting kita ada cita-cita, keazaman dan keiltizaman (errrr)
pasti kita akan mencapai apa yang kita inginkan. begitu.

yang berbentuk payudara nie pulak ialah cupcakes hasil buatan sendiri oleh miss yim. miss yim nie department lain, tapi selalu berkerjasama dengan staf kat department aku.
memandangkan hari tu hari terakhir beliau, sudah pencen.
tu yang dia prezenkan sorang seketul cupcakes.
tapi aku dapat 2 ketul sebab aku yang paling lawa kat department aku.
muahahahhaaahaha.. *zkzkzkkzkzkzk petir menyambar

last but not least ialah kain pasang dari bandungggg.
kak as bagi. motipp dia bagi sebab katanya dia tak sesuai pakai warna purple kayak gini. jadi kepam katanya. pepandai je kan kak as.
walaupun ok je saya tengok.

 terima kasih semua!!!

ini lah namanya rezeki berganda-ganda. bila kita ok ok dengan orang, insyaAllah orang pun akan ok ok dengan kita.
tapi kalau manjang nak buruk sangka, buruk siku, buruk napsu, itu tak kena, ini tak kena.. hidup la ko sensorang kann..

bak kata pepatah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
tapi kalau musuh datang mencari jugak, lantakkan sanaaaa…
ada aku kisah????

16 thoughts on “Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari… Ek Eh..

  1. bila ramai org ingat kita,
    pastilah kita ni stok org ok ok…
    wakakakaka mamposss statement menjerut diri…

  2. hoohohoho…sngguh lawok n3 ko nih….tp aku stuju sesangat ngan stetmen ko…hekhek

  3. huhuhu kak ya… Bintulu lah kak oittt….
    ermmm akak ade x kat sini mee kolok… nak mkn lg ah rs…hehehe
    nant leh g same2

Comments are closed.