Membeli Belah di Body Shop

hari rabu lepas habis course kat PJ nun, aku ke midvalley sebab ada urusan.
eh actually aku ke gardens kot. eh ke midvalley.
tapi yang pasti aku park kat the gardens.
balik tu, aku sesat oh. berpusing-pusing cari mana lah myavi hijau aku tu.
berpeluh-peluh. huhu..

dalam 20minit cari kereta, barulah berjumpa.
eh tapi sebelum tu aku ke body shop midvalley lu.
korang pun tau kan bodyshop ada buat sales gempak gempak gak la.
memandangkan masa tu orang pun tak berapa nak ramai, so aku kasik jengah.

yang kat depan-depan nie up to 70%.

perfume lelaki 10% je tak banyak.
tapi mandangkan aku pun baru dapat big bom bang yang tak berapa tapi tatapp syukur, so ingat mau beli perfume kasik itu encik abang jugak.
lagi piula tak sampai rm100 pun.

aku ingat nak amik satu set white musk.
tapi pun less 10% ke 30% jer.
pastu ternampak set oceanus. 50%!!
hah oceanus pun wangi apa. terus aku kasik zass..
1 botol besar shower cream, 1 botol besar losyen.
2 botol kecik EDT. sukerrrrrr…
balik tu terus semangat mandi wangi-wangi… 😀

bila bau oceanus nie otomatik aku teringat kat ernie.
dulu waktu bujang remaja muda belia lawa haloba, dia pakai perfume nie.
semerbak satu bilik bila dia spray spray.
rindu lah kat dia. makcik, bila nak jumpa?

total untuk semua perfume di atas RM201.40.
motipp kasik tau harga?? kata sharing is caring. heeee….
tapi jangan tanya aku bila sales nie berakhir, me talak tauu..

8 thoughts on “Membeli Belah di Body Shop

Comments are closed.