Mandi Sungai @ Burmese Pool

masa balik taiping hari tu, aku bawak yaya gi mandi sungai.
di burmese pool sana. orang taiping tau la yer dok kat mana.
kalau tak tau, sila lucutkan gelaran anak jati taiping dari korang eh..


: : yaya yang sangat happy dapat mandi sungai : :


: : opah pun happy juga : :


: : our bad hair day. memasing macam pakai wig kekdahnya : :

nak cari kawasan rata agak susah.
tu yang mandi je kat kawasan batu batu nie.
tapi ada jugak la ruangan cetek untuk yaya mandi.

encik z la kemain gembira. macam tak pernah jumpa sungai kan.
bersungguh-sungguh mandinya.
air adalah sejukkkkk..

untuk 2 gambar seterusnya, kot agak-agak ada readers aku yang tak suka, tak usah ler nak mencebik di sini.
pergi ko mencebik di sana.
katanya walaupun halal, nan molek dijaja-jaja gambar laki bini mesra-mesra rakyat.
apa-apa je la baiiiii.

dalam sejam jugak la kami berendam.
syiokkk oh sesekali mandi sungai.
aku prefer mandi sungai dari laut.
mandi laut cam lekit lekit kan.
tapi bila dengan suami, dengan anak. ke mana pun ai relaaa… πŸ˜€

kat sini ada tempat tukar baju.
tapi takde tempat nak mandi or bilas badan.
aku selamba je la tadah air guna gayung, mandi gak la.
but haruslah cam payah.
MPT, sila lah buat tempat mandi proper pls pls pls.

dah tu jer.

10 thoughts on “Mandi Sungai @ Burmese Pool

  1. tepeng ade sg ek?? hahahaa
    sbb suami ai tak pernah bwk ronda tepeng πŸ™
    so tak tau ape ade kt tepeng nun
    sedey

    • hari tu awk ada mandi pool kan. yg masa sarawak cuti apa tah.
      eh ke tu tahun lepas? huhu

  2. kita pun prefer mandi sungai dr laut…

    laut berpasir, terbukak sgt (kalau sungai/air terjun boleh gak nyorok celah2 pokok), air masin lagik.. πŸ˜›

    p/s: gambar no.3 tu nampak Yaya betul2 cam pakai wig.. hehe
    .-= Miza´s last blog ..#48 – It’s happening… =-.

  3. walaupun saya bukan anak jati tepen, tapi saya tahu dimanakah burmese pool. wah, lagaknya..!! hahaha…

    saya pun tak suka laut. amatlah cepat itam nanti. lagi satu bila mandi, asyik tertelan air masin je. lama2 cepat darah tinggi pulak. huhuhu…
    .-= anaiz´s last blog ..sabtu yang suam-suam kuku, indah… =-.

Comments are closed.