Nyaris Nak Kena Penumbuk

memula boling, kemudian volleyball, lepas tu dart dan sekarang bola sepak.
rasanya nie yang terakhir kot.
taktau la kalau tetiba encik z nak main golf pulak pasni. pitam!

game bolasepak ini adalah di hari sabtu yang permai.
ok sumpah memula aku memang adalah tak koserrr nak ikut berjemur kat tepi padang, tapi pepagi sabtu tu encik z udah kejut.
‘jom la tengok saya main bola’

cam nak terputus pulak jantung aku dari tangkainya bila dia cakap kayak gitu.
jarang oiiiii nak dengar dia cakap lelembut dengan haku.
selalu pun menggarang sesajoo..

aku terus lompat turun katil, mandi lalu berdesupp ke stadium bola sepak kat kampung baru sana.
cam ngam-ngam soiii gak la sampai.
so perlawanan pun bermula.


: : riak muka apakah : :

borak kejap dengan shiqin yang datang bagi sokongan kat fadzuan.
lepas shiqin blah, aku layan facebook dan blog jer.
sesambil layan jugak la bila encik z beraksi di padang.


: : ini sebagai breakfast. sob sob : :

ala shazmeer nie kacau daun betul ar.
baru nak snap gambar encik z dan team nya.

ek eh…. tetiba ai nampak shahredza minhat u…..
terus bergetaran rasa di hati… awwww…
ada siapa tak kenal shahredza minhat ke? pi google sana…
comel je dia lari jingkit jingkit kejar bola…
dan tetiba aku taktau nak sokong encik z ke shahredza..
(ok permission diberi untuk lempang aku laju-laju)

masa game berlangsung kan, ada pergaduhan uolls.
nyaris-nyaris ada sorang mamat ni nak kena tumbuk.
pitamm main untuk office pun nak gaduh bagai.
macam lah kalau menang dapan lapanploh ribu kan..
namo gadoh-gadoh la uolls.
dalam permainan pasti ada kalah dan menang, kena la ada semangat kesukanan gitu. barulah negara aman makmur dan maju… tetiba..


: : pisang sebagai lunch. yer aku tak makan pisang, tapi terpaksa bangat nih sebab udah kelaparan : :

overall encik z kata grupnya dapat tempat ke 3 sebab satu team sudah walk over. dan perlawanan ini tamat dalam kul 2.30 petang gitu.

– GEGAK GEMPITA OIIIII –

4 thoughts on “Nyaris Nak Kena Penumbuk

Comments are closed.