Free Trial Session @ MarieFrance Bodyline

aku baca blog kakred pasal free trial session kat mariefrance bodyline nie.
so sesuka aku pun hantar la sms.
beberapa hari lepas tu dapat la call dari MFB ini.
hari ahad lepas, set appointment lalu ke great eastern mall sana untuk mencuba.

memula jumpa consultantnya. dibriefkan la aku bla bla bla tentang itu ini.
berat aku sekarang 61kg uolls. overweight kekdahnya.
dan berat ideal aku ialah 49kg. eh eh ye ke. cam propa pun ada.
tapi deduluuuuuuu memang penah jugak la 49kg aku nie.
but masa tu anak dara trang tang tang kan.
harus la idak mempunyai lemak selulit itu ini.

sekarang ko takyah citer lah. luaran memang la nampak langsing eh eh.
tapi cer selak dalaman. mau ko gosok mata lapanploh kali nengok perut mak yang berlapis-lapis ni. heh.

katanya aku gemuk air. water retention?
dan aku boleh kurus jika enroll di dalam sesi pelangsingan badan ini.
tapi aku tak dapat nak enroll kerana………………………………. (akan dijawab di satu hari yang permai)

but secara jujurnya pakej yang ditawarkan adalah reasonable.
pada yang bebetul berminat nak langsingkan badan, memang aku suggest ko ke sini ah.

untuk free trial session tu, aku cuma buat 2 sesi jer.
yang pertama ini ha. aku taktau di panggil apa la.
dia balut perut dengan paha aku dengan kain yang disapu cream, pehtu bungkus dengan plastik lak dan tunggu kurang lebih 30 minit.


: : paha persis paha anak gajah : :

pehtu sesi guna mesin nie.
tapi kata pun free session kan. dia just letak mesin tu sambung ke paha & perut aku sajork. ada gegar gegaran gitu. dalam setengah jam jugak.

sebelum pulang, aku diberi minum ginger tea. errrr…
berpinau mata nak habiskan. tehtehteh…

sesiapa berminat nak try free session nie, boleh rujuk entry kakred DI SINI.
selamat melangsingkan badan anak-anak!! 😉

6 thoughts on “Free Trial Session @ MarieFrance Bodyline

Comments are closed.