Niyang Rapik yang ada 6 orang jejaka hot

hari khamis lepas aku gi nonton movie.
filem niyang rapik. gi nonton di sunway pyramid sana.
aku beli tiket yang couple seat. first time nih. syiokkkkk.
sebab kau boleh duduk rapat-rapat dengan suami kau.
boleh peluk-peluk lalu sandar di bahu kemudian di dada.
awwwww….

ok aksi ini adalah tidak molek di lakukan di hadapan masyarakat yer.
walaupon ko suami isteri yang sah ke hapa, tapi perleww ke ko nak buat aksi manja lara depan orang ramai kan?
ko hengat ko sorang je ada laki? haaa.. gitu konsepnya.


: : baju pink, kasut pink, sling beg pink. haaaa aku pakai sling beg pink yang baru tuuuu. baju nike, sling beg pun nike. sukerrrrr : :

sampai kat sunway pyramid cam nak ngam-ngam soi jer show time.
so tak sempat nak makan ke hapa. tapi perut aku yang seluas padang bola nie dah merengek-rengek kelaparan. cena?
terpaksa la beli snack fries dan cebisan daging kat depan wayang tu.
zasss je la. janji leh alas perut kan.

so, wayang pun bermula pada jam 9.40 malam.
sebelum aku bagi pendapat aku yang tak sesedap tekak ni, kita baca dulu sinopsis filem ini. kita baca bersama… zassss…

Filem Niyang Rapik adalah sebuah Filem seram. Plot persembahannya menjurus kearah pengembaran dan triler. Cerita bermula apabila dikejutkan dengan kematian Zack secara misteri. Zack mati di sebabkan busung pada perutnya. Kematian Zack benar-benar memeranjatkan 4 rakan karibnya iaitu Helmi , Saiful , Zizan dan Amir. Mereka semua merupakan lepasan pelajar jurusan Kajian Sejarah

Selepas majlis tahlil arwah Zack, mereka berempat di kejutkan lagi dengan cerita dimana Zack menderita penyakit tersebut sejak setahun yang lepas selepas balik dari kampung Niyang Rapik. Setelah di selidik, mereka berempat mendapati Zack telah mengambil sebuah Kendil lama dari kampung Niyang sewaktu mereka melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di kampung Niyang Rapik.

Atas nasihat seorang bomoh di kampung Zack, mereka berempat di arah untuk memulangkan semula Kendil tersebut kerana di khuatiri ianya adalah penyebab Zack menderita penyakit busung tersebut. Maka bermulalah pengembaraan mereka untuk memulangkan semula Kendil tersebut. Untuk ke Kampung Niyang Rapik mereka perlu juga melalui jalan air dan mengambil masa selam 6 jam untuk tiba dari jeti darat.

Disebabkan mereak berempat tersesat , maka mereka terpaksa bermalam di tengah perjalan sebelum menyambung semula pada keesokkan harinya. Dalam perjalanan mereka berbagai kejadian pula telah berlaku. Bermula dengan Amran yang tiba-tiba merasa kepanasan yang teramat semasa tidur seperti ada orang yang cuba untuk santaukan Amran. Gangguan puaka rimba juga berlaku terhadap mereka berempat. Keadaan menjadi semakin menyeramkan untuk mereka berempat seperti ada sesuatu yang mengekori dan melihat mereka dari jauh.

Keesokannya mereka berempat meneruskan perjalan mereka hingga lah tiba ke Kampung Niyang Rapik. Setibanya mereka di sana mereka di sambut dengan kedatang anag gadis Ketua Kampung iaitu Laila. Kehadiran Laila seakan misteri. Laila tak banyak bercakap dan dia Cuma akan hadir apabila senja menjelang dan tidak akan kelihat sewaktu siang.

Kendil telah dipulang kan kepada bapa Laila. Tetapi gangguan keatas mereka berempat semakin menjadi-jadi. Kali ini Zizan pula yang terkena. Matanya seperti terkena santau bisa buluh. Zizan menggosokkan matanya sehingga berdarah dan apabila di buka mata Zizan amat terkejut sebab dia dapat meilhat benda yang ghaib termasuk hantu.

Keadaan semakin huru-hara, anggapan mereka mengenai Kendil tersebut sebagai punca ternyata salah. Rupanya ada sebab lain yang menyebabkan mereka diseksa sedemikian. Rupanya ada kesalahan besar yang telah salah seorang dari mereka berlima lakukan sewaktu berada di Kampung Niyang Rapik setahun yang lalu. Salah seorang dari mereka telah meniduri Laila dan meninggalkan Laila. Beberapa bulan kemudian Laila didapati mengandung dan telah membunuh diri sebab malu dengan ayahnya.

Ayah Laila telah mengambil keputusan untuk membalas dendam dengan menghantar santau yang akan membawa maut kepada mereka berlima bermula dengan Zack. Ini adalah kerana beliau tidak dapat tahu siapa sebenarnya yang bertanggungjawap sebab Laila merahsiakannya. Disebabkan terlalu marah beliau ambil keputusan untuk menghapuskan kesemuanya.

panjangnya sinopsis ni okkkkk….
so kalau kau tak dapat gak bayangan filem ni pasal apa, tak tahu lah hakuuuu…

masa memula keluar iklan filem ni kat panggung kan, aku dengan encik z dah boleh agak dah apakah jalan ceritanya.
dan boleh kata apa yang kami jangka kan tu accurate 85% gitu.
see.. filem hantu melayu ni cam boleh dijangka-jangka.

lagi satu kan, aku rasa apa yang membuatkan filem ni kelihatan seram sebab tajuknya niyang rapik. kan ala-ala cam misteri dan menakutkan.
walaupun niyang rapik tu adalah nama sebuah kampung. iaitu kampung niyang rapik. cerr ko taruk tajuk kampung baru. ataupun kampung boyan.
ataupun kampung melayu majidee. mesti orang tak rasa seram. kan kan kan?

lagi pula aku rasa orang macam teruja sebab dulu kan ada siri niyang rapik kat tv3.
yang kalau kau nonton malam jumaat seorang diri, boleh buat jantung ko rasa nak meletup jugak la. tul tak?
haaa tu yang aku rasa buat orang cam teruja gak la nak nonton filem ini.

bagi aku, filem ni ok ok la kot.
at least hantu dia ada improvement la, instead of ko suruh orang pakai kain koyak-koyak kaler putih, pastu rambut panjang mengurai. adoiii…
dah tak rasa takut. nyampah lagi adooo..

tapi yang paling penting, aku dapat cuci mata dengan syioknya sebab pelakon lelaki boleh kata semua adalah tampan dan kacak lagi hot lagi mencomel.
zed zaidi, sam shaheizy, fizz fairuz, kamal adli, awal ashaari dan shahrol nizam.
semua hot uuuuuuuuu…. berdebar-debar dada hakuuu…

http://www.manggaonline.com.my/images/stories/img_7916.jpg

: : jejaka-jejaka yang hot : :

tapi paling hot di hati aku ialah zed zaidi.
dia macam ketua la dalam grup nie. very the bertenang, penyabar dan cool gitu.
waktu dia bukak baju nak mandi tepi telaga tu kan, cecepat aku beliak kan mata.
walaupon boncit tapi tatap wawawiwiwawawiwi…

ok imaginasi aku terlampau. sila lempang aku laju-laju.
kesimpulannya, out of 5, aku bagi 3 1/2 bintang untuk filem ini.
dan bintang aku semua pun pergi kepada semua jejaka-jejaka yang hot tu.
muleh? muehehhehe…
so korang, pi la nonton. pastu buat review kat blog.
tinggalkan komen kat sini ek… selamat mentonton! 😀

14 thoughts on “Niyang Rapik yang ada 6 orang jejaka hot

  1. untuk sekian kalinya. Selepas kawen rasanya baru 2 kali kami p tengok wayang bersama-sama.

  2. mana aci kampung boyan ada sebut kampung pokok assam tak sebut. ahahaha

  3. takut tgk ceta hantu kat wayang….
    kat tv pon x tgk 🙂

    diorang mmg ganteng…aouwwww…

  4. ingat ari tue nak bawak mama g tgk citer tue,
    tapi mama ckp mcm takut jer citer tue,
    so x jadilah,
    huk huk huk…

    tapi bila dah bc review akk nie,
    rasa mcm nak pegi tgk jugak lah,
    hihihihi…
    tetap kan…
    .-= cik wanie´s last blog ..LUAHAN !!!!! =-.

  5. alaaaa… dh tgk ari tu kat tepeng…
    takde la seram nau…
    ala ala mcm citer pontianak harum menyundal waktu malam tuuu…
    tajuk mcm gah… tp citer mcm sedih2 gituuu… hah.. gitulah konsep nyer!!
    .-= ceklala´s last blog ..::KURSUS @DAMAI:: =-.

Comments are closed.