Kisah Di Dalam Lif II

ini pulak kisah dalam lif yang berlaku pada hari sabtu yang lalu.
lokasi kejadian masih jua di dalam lif yang sama, di jasmine apartment.

hari sabtu aku nak gi service myavi kat jalan genting klang sana.
ingat konon nak gi awal pagi, tapi standard lah normaya mukhtar yang pemalas tahap unta padang pasir nie.
ujung ujung kul 10.30pagi camtu baru keluar rumah.

aku gi sensorang, nanti baru encik z akan jemput aku dengan saga sampannya.
tekan lif, masuk lif sekali dengan sorang budak lelaki dalam usia form 1 gitu.

tiba-tiba………

lif terberhenti di tingkat 14. terberhenti yang stok cam terkejut tuh.
ala macam dalam filem speed tu. tapi takde la lampu terpadam.
tak kisah la lampu terpadam ke tak, harus ketakutan jugakkk…
nasib baik ada budak laki tu. kalau tak harus aku menggelupur sensorang.

takpe kak.. takpe.. saya selalu kena macam ni.

lalu dia menekan butang kecemasan bertalu-talu.
ada dalam 10 minit gak la terperangkap dalam lif tu.
berpeluh-peluh keti dibuatnya.
sampai la lif tu ok sendiri.
kat bawah, encik z dah menunggu dengan 2 orang technician.

ingatkan kot la dia nak risau-risaukan aku.
peluk cium lalu bertanya ‘are u ok bebeh’ ke..
takde mananya. dia maki lagi ada.

yang awak pergi tekan butang kecemasan tu lama-lama kenapa?
bingit kat bawah ni.

eh eh. boleh pulak gitu. sentap tau!

korang pernah terperangkap dalam lif tak?
(ending dengan soalan. boleh ke?)

14 thoughts on “Kisah Di Dalam Lif II

  1. khakhakhak tiba2 aku gelak kuat baca part yg bwh tu..hahah tu la hang bnyk sgt tengok derama…kalo laki aku pun tadaknya lah haih nak ‘are u okeh bebeh segala’ hahahahaha tp mak redha laki mak tak romentik 😛

  2. kami kan baru terperangkap dalam lif minggu lepas.. aiyooo lepas tuh sgt fobia kalau kena naik lif yg sama

  3. ai tk penah terperangkap dalam lif…tapi ada kene mengena ngan lif gak la..sungguh menakutkan okeyyy..kisah kt opis jln semarak ai nk turun cafe GF..melaju jer turunnya..tp lif sampai betui2 nun dibawah sanun..lif terbukak ai spontan kuar tapi terkaku jap..sib baek tangan masih berpegang kt pintu lif tuh..ai dah terasa kasut ku terpijak tanah…nampak tiang2 besi kayu..lampu kuning oren..apakahhhh!!..gigill uols…masuk tekan balik naik atas…masuk bilik bertakafur jap ilangkan ketaq lutut..
    .-= Nur´s last blog ..Mia vs Mail… =-.

Comments are closed.