Ular Berlegar di Pedal Kereta

tersebutlah kisah di satu petang yang permai.
kaktin tetiba ngajak aku dengan payiet lepak-lepak minum petang gitu.
walhal kan, biasanya lepas office dia la yang paling berdesupppp nak balik rumah.
kira cam pukul 5.29 tu dia memang dah bersedia nak cabuttt la.

so kira nie ala-ala miracle gitu.
bila kitorang tanya kat dia, dia kata sekali sekala takpe maaa…
so bertolak la kami menaiki wira turbo kaktin ke padang merbok sana.
kami makan di gerai yang selalu jugak la masuk dalam drama dato’ yusoff haslam seperti sembilu kasih, janji diana dan si capik.

kaktin cuma makan cucur udang bersama milo ais.

Clip038

manakala aku dan payiet bersepakat makan laksa.
tapi aku rasa cam ada yang tak kena dengan laksa nie.
cam ada sesuatu yang missing gitu tapi taktau apakah ia.
akhirnya kaktin bersuara. dia kata laksa nie tak original.
guna pes. sebab tu rasa dia cam manis kemudian lite-lite di hujung.

manis lite-lite? aku saspek mungkin rasanya sama seperti rokok winston lite kepunyaan payiet. ok tak kelakar. heh.

Clip039

aku minum sirap limau yang setappp..
ke tekak aku je yang rasa sedap walhal ianya tak seberapa.
tapi being me yang memang suka minum masam-masam nie, memang terbaik la.

Clip040

korang, aku ada cerita nie.
tapi bagi yang tak satu office dengan aku, mungkin payah nak membayangkan cerita nie. tapi takpe, kalau tak paham boleh bertanya ya.

kat office aku nie, takde disediakan parking.
kira semua yang level bawah dari manager kau kena pandai-pandai la carik parking sendiri gitu. tapi pilihan idok ler banyak pun.
setau aku ada 3 pilihan.
pertama, kau parking kat komuter bank negara sana.
tapi kau kena datang sesudah subuh la sebab situ sekelip mata dah penuh.
aterrr berebut dengan staff gomen yang masuk keje seawal 7.30 pagi kan.

pastu pilihan kedua, kau park kat sekolah depan office aku ni ha.
sekolah rendah hishamuddin ke apa namanya.
sini pun kau kena datang before pukul 8 pagi.
sebab lepas dari tu, gate sekolah dah tutup.

dan pilihan ketiga yang menjadi pilihan aku dari dulu kini dan selamanya ialah padang merbok. korang tau kan padang merbok?
dekat aswara sana.
kau park kereta kat situ, nanti datang la shuttle van jemput kau lalu menghantar kau ke depan office free of charge.

nak dijadikan cerita, dalam 2 ke 3 minggu lepas.
parking yang kat sekolah tu dah ditutup.
kira orang dah tak boleh park situ melainkan kau cikgu atau kakitangan kat sekolah tu. cenggitu la lebih kurang aku dengar.

so apa laga, penuh la padang merbok uolls.
sebab semua yang park kat sekolah dah beralih arah ke padang merbok.
sampai takde tempat parking. kena park tepi-tepi jalan je.
ada yang malang, kena park sampai dekat-dekat lanai sana.
lepas tu kena menapak pulak nak naik van. hu hu hu…

hamboiii panjangnya intro aku.
sebenarnya aku nak cerita nie. aku dapat berita kata, ada ular sudah masuk dalam kereta salah sorang staf office aku nie ha.
diulangi ular! U.L.A.R uolls…

sebabnya tepi jalan yang dekat gerai kitorang makan tu adalah hutan belantara.
eh, nak kata hutan belantara tu takde la tapi memang pokok-pokok semak samun segala la. dan tak mustahil memang ular ada berkeliaran kat situ.

Clip041

lebih menakutkan bila diorang cerita kata, ular tu tengah berlingkar-lingkar dekat pedal minyak/brek kereta. uwaaaaa ngeri ngeriiiii…
ular boleh masuk ikut mana ek? enjin? ekzos?

apa nasib aku lepas nie? perlu kah aku dan encik z naik basikal saja ke office?

18 thoughts on “Ular Berlegar di Pedal Kereta

  1. dah abis pikio ke uolls nak naik beskal? mek takot tgh jalan patah balik, amek kete hohohoho

    Ps: laksa tersebut mmg tak sedap, rasa jahanam je

  2. erkkk… tetiba aku rasa seperti ada ular melingkar sambil bermanja2 dihujung kakiku…. geliiiii!!!!

  3. kami penah baca dlm paper ada SAWA masuk dok berlengkar dalam enjin keta orang… aiyorrrkkk ngeri lah rasa..

Comments are closed.