Berjimba Bersama Keluarga di Bukit Merah Laketown Resort

minggu lepas aku balik TLJ. aterr kan cuti 3 hari berturut-turut.
kebetulan kaklong sefamily pun balik jugak. so cam meriah uolls la konsepnya.

hari sabtu kami sekeluarga sepetak suara mau terjah ke bukit merah laketown resort sana. sementelaah encik z pun tak pernah pergi sana lagi, so cam teruja lebih la dia.
kami hangkut maksu dan paksu yang jua keboringan di rumah tok sana.

dari TLJ ke bukit merah nie dekat jer.
tak sampai 45 minit pun, dah terjengoi kami kat sana.

yaya & caca yang gembira mau mandi manda.
namo naik keter apaknya. mau menyibuk di kereta mommy nya.

akhirnya sampai di tempat kejadian.
sementara tunggu nak beli tiket, kasi layan dulu ini 2 sekupu.
pergi tempat cenggini, selalu happening pun bila ada budak-budak.
walaupun kemain letih nak melayan kerenah diorang kan.
tapi itulah yang buat kita muka ada senyummmm jugak 🙂

dan kami yang ber’merah’. paksa rela kekdahnya.
sabar yer encik z. normaya memang begini :p

keluarga puan normah yang sederhana.
suka sangat tengok wajah mama bila kami adik beradik balik kampung.
masa tu dia tak kisah dah handphone dia campak kat mana ke.
kata anak-anak semua ada kan.
i love u mama!

aku memula cam tak koserr la nak mandi manda nie.
being me yang mana la minat segala aktiviti air.
tapi nengok dedua budak nie cam tak sabauu dah nak terjun dalam kolam, aku cam empati pulak. so kasik jugak la masuk dalam itu air.

dan lepas tu cam taknak la basahkan baju rambut segala.
tapi lepas abang long hulurkan pelampung, tetiba jiwa cam meronta lak nak panjat itu pelampung. gagagaga.

so u know i know ler jawapannya. mak terjun la jugak noks!
tehehehe… pastu ikut encik z naik gelongsor yang tinggi ittewww…
dua kali kitorang naik. berpusing-pusing.
terpekik-pekik dibuatnya aku. menjakun sungguh. heh.
tapi enjoice sangat!

dari satu kolam ke satu kolam kitorang berpindah.
menggelupur doww siap pakai self timer bagai.
tapi… ada kitorang kisah? :p

ini kat kolam yang siap ada ombak-ombak bagai.
kat sini gak la kat hujung paling dalam sekalik.
kira kalau kau pakai pelampung, boleh sampai tahap kaki kau tak jejak tanah.
begitu.

yaya yang ketakutan bergambar di atas buaya.
aku suruh pergi kat mulut buaya, dia dok jerit ‘taknak la mommy!’
egegegege..

yaya taknak bergambar kat situ, aku lak yang gedik.
tetiba terbayang buaya nie hidup.
matikk dibaham buaya uolls. menakotkan…

tapi kat kura-kura nie takyah disuruh-suruh pun.
elok pantas je dia terus memanjat.
tengok muka dia. ada happy dan ada smile jugak.

nie pulak dua orang jejaka yang perasan ala-ala model.
seorang model kertu. seorang model kurus kering. tehehehe..

dan diakhiri dengan wajah abang long dan kaklong yang lupa daratan.
kan. lupa daratan katanya.
kemain mandi manda lupa di manakah anaknya berada?
anaknya yang babbab tu main gelongsor uolls.
tapi gambar nan hadoo sebab mommynya pun dah lupa daratan gak.
heee…

nak tau lebih lanjut tentang bukit merah? klik sini

10 thoughts on “Berjimba Bersama Keluarga di Bukit Merah Laketown Resort

    • tambun ke ipoh sana dah. of coz taiping ke bukit merah lagi dekat. tak sampai 45 minit pun.
      kalau nak ke ipoh mau dalam satu jam setengah

Comments are closed.