ooo.. hari tu korang gelakkan aku kan.
sebab pergi berhoneymoon waktu period.
dah ler tu, honeymoon pun ala-ala je katanya.
dengan satu malam nya, guna resort bank pulak tu.
ish ish ish. kesiannn..
haaa kali nie aku mau berlagak sikit eh.
waktu entry nie dipublishkan, aku insyaAllah sudah berada di dalam perut kapal terbang. aku nak pergi honeymoon. yayyy yayyyyy *shuffle
tapi macam biasa la. aku kan perempuan drama.
harus aku merahsiakan ke manakah destinasi percutian aku ini.
bila dah pergi, dah settle semua barulah kita boleh warwarkan seantero dunia.
begitu.
semalam tengah hari kental menapak ke jalan masjid india sana sebab nak tukar matawang. aku tak bawak banyak pun sebab niat di hati memang namo shopping.
nak jalan-jalan saja.. sila perchaya. heee…
encik z gigih buat table nie. supaya senang kami nak buat panduan.
walaupun berpinarrrr mata aku menengok.
haaaa.. kalau siapa haibat, sila lah meneka berdasarkan penukaran mata wang ini.
korang, jom main teka-teka lagi nak?
teka aku bercuti ke mana. aku bagi hint eh.. bukan australia yerr..
matikk la asal hint jer bukan australia kannn..
ok ok. hint nya ialah tempat nie antara yang aku memang kepinginnnnn sangat nak pergi. aku rasa cuaca kat sana mungkin dalam 20 darjah celcius gitu kot.
siapa peneka pertama yang meneka dengan betul, aku akan bagi sesuatu ole-ole dari sana, insyaAllah.
tetapiiiii….. kaktin, payiet, nikolas, ernie, nida dan kakitangan MyClear dan saudara yang terdekat tidak dibenarkan menyertai pertandingan teka nie.
cehhh… yo yo macam la ada orang kemaruk nauu nak meneka mya oiii…
heee.. ikut korang lah…
doakan aku selamat pergi dan selamat balik ek?
btw, hari nie takde entry baru.. saja nak bagi korang penasaran meneka.
tapi esok dan lusa, insyaAllah ada 3 entry satu hari.
so, terus melekat bersama blog saya! boiiii…
aku dah smangat nak teka , ujung ujung dibanned untuk menyertai. Eh tak de hadiah kan? legaaaaa
ko ni mata hadiah betul kan? grrrr
wow i loike contest!
saye nak teka…errr..vietnam?
anyway, selamat bercuti!
.-= Miza´s last blog ..#09 – Period dan gaji =-.
vietnam dah betul tapi tak specific kat mana arrr
saya rasa Hanoi, Vietnam.
Kalau betul sila belikan saya kopi vietnam yg maveles n tiada tolok bangingnya itu…hehe
haaa betul!!! hanoi. hikss..
tak jumpa pun kopi yang dimaksudkan. kat ho chi minh je kot ada? huhu
Siem Riep? alamak x reti eja. nk teka lg bole?
salah! heee
mana eh???
sat..aku suh coi call staff myclear..hehehee
aci tak??
.-= syana´s last blog ..Perasaan aku =-.
tak aci. :p
salam..
akak g bali ke..
.-= eiz´s last blog ..selamat tinggal 2009 =-.
teeet salah :p
awak g Bandung ekk Mya..tak pon g Hanoi..
haa tul la hanoi. awak orang kedua yang meneka dgn betul
pulangnya biar bertiga yaaaaaaaaa…. [+ lam perut tuuu sekali]..
.-= sWeEtDaRLinG´s last blog ..[Coret] Smooth =-.
aminnnn
teka jugak…Hanoi…;-)
peneka ketiga yang betul. tapi kat facebook peneka pertama! hikss
yes.. mmg vieatnam kan.. currency rm 11.00 = 60,617.33 VND ( vietnam dong)
hemm. nak adress cik pah ker untuk hantar gift.. hehehe.. anyhow.. enjoy ur holiday..
.-= cik pah´s last blog ..Halba dan fungsinyer =-.
mmg enjoy sgt cikpah! 😀
ke mana yer?? tapi yg nyatanya oversea lah kan… ok enjoy ur haninun b 🙂
.-= Deqna´s last blog ..Aktiviti-Aktiviti Di sana =-.
i pun teka hanoi coz my boss baru pi sana and currency eh samo yo lebih kurang….i mcm dah bau2 diorang ni nanti pulang bertiga lor
xdpt nak teke le kak. janji akak enjoy hanimun akak. hehe.
.-= ryn´s last blog ..Toy Museum, Penang – 2009 =-.
Ho Chi Minh ke? 🙂
dah banyak yang teka tu. yang penting semoga pulang dengan rezeki akan jadi bertiga..ahaks
.-= lily lotus´s last blog ..the pink heart =-.
Thailand kot hehe..
Selamat berhoneymoon Yang..
Bestttnya bjalan2 ke oberc..
take care
.-= Mama Qaseh´s last blog ..Fanatik ”UBI” =-.
have fun 🙂
.-= mulan´s last blog ..Thank u & happy bday.. =-.
alamak dah terlepas flight ker…konpius arr baca yg disinun rupanya disini….hehehe
awk terlepas flight la nie