Selamat Pengantin Baru Cemylya!

DSCN9263

cemylya,

kad kahwin awak saya dah terima minggu lepas.
thanks sangat sebab jemput saya eh.
tapi rasanya saya tak dapat nak attend la yang.
udah plan dengan encik z mau berhoneymoon segala.
*honeymoon la sangat kan. he he.

oh, memula aku tunjuk kad kahwin cemylya nie, encik z kata ‘eh ok jugak kita tukar destinasi ke kuching kan?’
sambil attend wedding cemylya, sambil berhoneymoon.

so gigih la aku cek harga flight air asia dan MAS.
semua pun RM1500++. adehhh…
di luar kemampuan kami laki bini yang kemiskinan tegar.

walau macam mana pun, selamat pengantin baru kepada DAYANGKU ZYZY CEMYLYA & ABANG SHAMSUL BAHRI.
semoga kekal selamanya, hingga ke syurga!
saya happy untuk awak, k! 🙂

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Andai diri tak sehebat SULAIMAN,
Mengapa mengharapkan teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu mengharapkan teman seteguh IBRAHIM,
Andai diri tak sekuat SITI HAJAR
Dan mengapa didambakan teman hidup bak SITI KHADIJAH…
Kalau diri tak sesempurna RasulAllah S.A.W

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..
Carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya..
Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu…

6 thoughts on “Selamat Pengantin Baru Cemylya!

  1. cemylya ni reader RM jugak
    dia x invite akak pung mya?

    yet i ll be in kuching too 🙁

    takper ler
    sapa lah kita kan

  2. wahhhh..baru ari ni sempat jenguk blog mya..terharunye kad kiter masuk blog awak..terharu sgt2! 🙂 takpe..nanti 2nd honeymoon, mya dtg Kuching yeee..

    errkk..Kak Red, kiter mmg nak jemput akak..cuma tatau akak sudi ke tak..rasa bersalah sgt2 ni..:-( Mya, ader address Kak Red tak?

    • aah, ada rezeki lebih, umur panjang pasti akan ke kuching lagik.

      tu la, sy pun agak gitu. maklumla mak merah kita bz sokmo kan.
      errr.. sy takde address dia la wak. awk YM la dia

Comments are closed.