Menegur atau Menyindir?

Friday, 9:00 am

Setiap manusia yang Allah ciptakan sama sahaja, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan dan masing-masing mempunyai hati dan perasaan. Adakalanya kita ketawa dan adakalanya kita  sedih dan menangis. Ada juga manusia yang mudah tersinggung dan terasa hati, dan ada juga manusia yang tiada perasaan langsung. Apa yang bezanya di sini ialah bagaimana cara manusia mengawalnya.
Terasa hati? Pernahkah anda terasa hati dengan rakan-rakan anda? Bagaimana ia berlaku? Adakah teguran itu daripada golongan yang lebih baik daripada anda ataupun sebaliknya? Pernahkah anda perhatikan cara teguran mereka? Adakah teguran mereka itu secara nasihat ataupun halus dan berbaur sindiran? Saya sendiri tidak terlepas daripada disindir oleh rakan-rakan. Bukan sekali ataupun dua kali. Tetapi sudah berpuluh kali. Apa yang saya lakukan hanyalah berdiam diri.
Teguran selalunya berlaku dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan. Ia akan terjadi di kalangan orang yang rapat dengan kita. Ada jenis teguran secara nasihat-menasihati dan ada juga jenis teguran secara sindir-menyindir. Yang baiknya ialah menegur dengan cara menasihati, dan yang buruknya ialah menegur secara menyindir. Tetapi, siapakah yang sanggup menegur dengan cara menasihati?
Hanya segelintir sahaja daripada kita yang sanggup menegur secara menasihati. Selebihnya lebih suka menegur secara halus iaitu dengan cara sindiran. Ini adalah ujian yang sangat berat kepada kita terutamanya kepada golongan yang telah banyak melakukan ibadat seperti wanita-wanita yang bertudung labuh dan menutup aurat juga tidak terlepas daripada perbuatan ini. Adakah mereka sudah merasakan diri mereka sudah mulia ataupun mereka melakukannya secara tidak sedar?
Saya tidak bermaksud ingin mengaibkan sesiapa, tetapi secara pemerhatian yang saya lakukan, kebanyakan daripada rakan-rakan saya boleh dikatakan daripada golongan baik-baik dan selalu menyertai usrah dan berqiamullail, apabila mereka melihat keburukan seseorang, mereka secara tidak langsung lebih suka menyindir dan mengata di belakang.
Tidakkah mereka sayang pada pahala yang mereka kumpul? Tidakkah mereka fikir akan perasaan orang lain terutama daripada golongan yang mudah terasa hati? Daripada hadis riwayat al-Hakim,
“Sebaik-baik sahabat ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
Sindiran itu sangatlah tajam yang boleh meresap menusuk ke dasar qalbu (hati) serta mengusik jiwa kita. Perbuatan sindiran inilah yang mengakibatkan kepincangan dalam sesuatu perhubungan yang telah lama terbina dan akibat daripada perbuatan buruk inilah menjadikan kebencian si penyindir membuak-buak apabila isu sensitif di besar-besarkan.
Sindiran ini juga memberi kesan negatif terhadap si penerima sindiran. Berkemungkinan si penerima sindiran pada permulaannya berdiam diri dan memendam perasaannya, tetapi apabila tiba masanya, dia akan menjadi berdendam kepada si penyindir. Pada masa inilah si penerima sindiran akan meluahkan dan mengungkit-ungkit apa yang dipendamnya selama ini.
Pepatah mengatakan, “Lidah itu tidak bertulang” tetapi disebabkan lidahlah membuak-buaknya api permusuhan manusia. Hanya disebabkan satu perkataan sahaja, membuatkan hati yang mendengarnya terluka dan sesuatu ukhuwah yang dijalinkan menjadi berantakan.
Justeru, marilah kita sama-sama mengubah diri kita, mengubah gaya hidup, saling hormat-menghormati hak sesama kita, membudayakan sifat saling nasihat-menasihati, serta menegur dengan cara yang berhikmah agar orang yang ditegur dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.
Tetapi, tegur itu biarlah kena pada masa dan tempatnya. Iman Syafie’ berkata, “Nasihatilah diriku dikala aku sendirian, janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat di hadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu.” Biarlah kita menegurnya bukan di kalangan ramai orang kerana menegur di tempat ramai orang boleh menjatuhkan air muka seseorang. Kita telah memalukannya di hadapan orang ramai. Apakah perasaan kita apabila kita berada di tempat mereka? Renung-renungkanlah.
“Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzalimi dan menghinanya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.”
HR. Ibnu Umar Ra. Kitab Sahih Muslim: 4677).
Buangkanlah sifat mencari kesalahan dan menyalahkan orang lain. Tutuplah aib mereka jika kita tidak mahu menampakkan aib kita kepada orang lain. Jika kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan menghantar orang-orang baik untuk bersama kita.
Jikalau kita asyik menyindir orang, tidak mustahil juga suatu hari nanti, orang yang kita sindir itu  akan menjadi individu terbaik dan terhebat daripada kita. Pada masa itulah kita akan merasa sangat-sangat bersalah dan kesal di atas perbuatan yang kita lakukan terhadap orang yang kita sindir pada suatu ketika dahulu.
Maafkanlah dengan menerima segala kekurangan yang ada pada mereka. Al-Hasan bin Wahab berkata, “Salah satu hak berteman adalah memberi maaf di atas kesalahan yang terjadi dan tidak mencelanya.”  Ingatlah kebaikan orang lain terhadap kita, dan janganlah mengungkit-ungkit kebaikan kita terhadap orang lain. Maafkanlah dan lupakan setiap kesalahan yang orang lakukan terhadap kita. Dengan melupakan kejahatan orang terhadap kita, maka timbullah perasaan kasih sayang yang terpancar dalam diri dan akan menarik perhatian orang untuk menyayangi kita.
KREDIT di SINI

 

Posted in Tazkirah | 5 Comments






Jangan Cepat Sangat Nak Menghukum

Wednesday, 8:46 pm
assalammualaikum.
ok aku tau cerita ni dah agak lama.
biasa lah aku ni. update cerita sendiri pun berzaman.
cerita hal ehwal semasa pun ketinggalan jugak.
eh tak de la ketinggalan. aku dah tau pasal ni dari hari video tu diupload lagi.
tapi baru nak memberikan pendapat.
walaupun tak penting pun pendapat aku ni ha.
korang nak baca, baca la. taknak tak apa-apa.
eh kes apa? alah kes perempuan dera anak dia tu.
yang dia pukul dengan bantal. pastu dia tendang tu.
aku jamin ramai je tau pasal ni kot. dalam buletin utama pun ada keluar kan.
hmmm… masa memula video tu diupload merata-rata kemain semua berpusu pusu memberikan komen.
panggil perempuan tu bangang la bodoh la tak sayang anak la gila la meroyan la.
pendek kata nya memaki menghamun saja la kan?
pastu perempuan yang rakam insiden tu pun ramai jugak yang mencerca.
kata kenapa rakam la. kenapa tak amik baby tu la. bla bla bla.
timeline twitter dengan facebook penuh pasal ni je la.
aku tengok video tu. sekali.
memang kesian dan sedih la tengok baby tu kena pukul.
orang yang jiwa kering dan takde jiwa je yang tak terasa tersentuh dengan video tu.
sedangkan binatang pun sayangkan anak, ini kan pula lah manusia.
tapi orang-orang yang dok menghamun tu adakah sekali pun tak tak de terfikir.
kenapa yer perempuan tu pukul anak dia?
kenapa yer perempuan lagi sorang tu rakam video tu.
ada tak nak terfikir sekejap.
takde kan? sebab tu la status menghamun tu semua naik.
lepas aku nonton tu aku terus terdetik.
perempuan ni ada masalah kot. kalau tak takkan dia boleh pukul anak dia macam tu.
budak tu kecik lagi kot. bukannya dah besar stok stok boleh berlari ke apa.
yang rakam tu pun, aku fikir jugak. motif kau nak rakam?
mesti ada sebab.
aku tweet sekali. walau apa pun yang berlaku, semoga perempuan tu menerima balasan yang setimpal.
yer, itu saja.
kerana bukan hak kita manusia untuk menghukum.
lebih-lebih lagi kita tak tau pun hujung pangkal cerita tu.
tengok video. terus emosi up status menghamun.
ok ada yang report kat PDRM semua.
PDRM pun buat la kerja diorang.
rupanya tu video lama. tahun lepas.
perempuan tu pun dah dijatuhkan hukuman.
yang merakam tu plak rupanya ada sebab dia rakam.
sebab nak bagi bukti pada polis.
dengar katanya dia pernah cuba stop perempuan yang bernama ira ni dulu.
tapi dia plak yang kena terajang.
so itu pasal la dia rakam. bukan subahat ke hapa.
dosa ira tu antara dia dengan anak dia. dengan Tuhan.
dan hukuman di dunia pun dia dah lalui. walaupun ada jugak yang kata mana cukup penjara 18 bulan. kan?
hukuman di akhirat nanti, urusan dia dengan Tuhan.
tapi dosa kita menghamun dia tu, adakah satu hari kita akan pergi jumpa dia untuk mintak maaf?
kenapa terlalu cepat kita nak menghukum?
tak kaji, tak cari kebenaran, tak berfikir kenapa.
lepas tu bila dah tau kebenaran, malu alah. terus menikus.
sedih kot.
yer aku tau ramai yang marah. tapi korang tau kan macam mana cara Rasulullah menegur kesalahan orang lain?
Iman Syafie’ berkata, “Nasihatilah diriku dikala aku sendirian, janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat di hadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu.
tapi sebelum nak nasihat, kena cari dulu kebenarannya.
secara logik fikiran akal manusia, ibu yang waras takkan pukul anak dia sebegitu rupa.
jadi mungkinkah perempuan tu sakit? masalah mental? sakit jiwa? meroyan?
kita tak terfikir kan? sebab terus nak menghukum.
pernah dengar pasal postpartum depression, postpartum sychosis.
tak tau? sila google.
so tak mustahil ira ni pun mengalami depression, sebab baby dia pun kecil lagi.
dan percaya atau tak postpartum depression ni boleh berlaku berbulan-bulan lamanya selepas bersalin.
waktu aku lepas bersalinkan yaya dulu, yes aku mengalami kemurungan yang agak hmmm boleh tahan jugak la.
yer aku tak pernah cerita kat orang. ni baru nak cerita dalam blog.
aku rasa helpless, worthless, menangis mengongoi ngongoi.
sampai mama kena tengok yaya selalu, sebab takut aku meroyan.
and yes ada satu tahap sampai aku nak campak yaya jatuh kerusi sebab dia dok menangis.
malam tidur tak cukup, mengantuk kena bangun susukan netekkan dia.
aku masa tu dengan tak kerja, tak de duit, laki jauh (ok sekarang ex)
tapi lepas tu slowly aku ok. alhamdulillah.
dan korang pernah dengar tak mangsa rogol, lepas kena rogol tu dia pregnant.
dia taknak anak tu, tapi orang keliling suruh teruskan kandungan.
dan bila dah bersalin, dia benci tengok anak tu.
sebab tiap kali dia tengok anak tu, dia terbayang muka lelaki yang rogol dia.
tak pernah? ok ni kisah benar.
aku ada sorang kawan. dia mengandung.
tapi bukan lah kena rogol. dia dengan boyfriend dia.
bila dah pregnant, boyfriend dia taknak kahwin dengan dia.
dia teruskan kandungan tu, lepas bersalin dia bagi kat orang.
sebab dia kata bukan dia tak sayang, tapi tiap kali tengok baby tu dia teringat boyfriend dia.
haruskah aku salahkan dia?
yes aku nasihat. tapi dia taknak.
itu pilihan dia la kan.
kita ni sebagai kawan boleh nasihat je.
keputusan kat tangan dia.
tapi bila dia buat keputusan macam tu, adakah kita bukan kawan yang baik?
adakah kita perlu putuskan persahabatan kita dengan dia.
tak kan?
semoga perempuan yang bernama ira tu dapat rawatan perubatan kalau benar ia sakit.
dan semoga pengalaman di dalam penjara akan menginsafkan beliau.
semoga anak itu tak mengalami apa-apa kecederaan serius.
semoga yang terbaik untuk mereka berdua.
dan untuk kita pula. janganlah cepat menghukum.
kita di dunia sama sahaja. bezanya cuma amalan kita.
wallahualam.
Posted in OwnPerception | 14 Comments






Sup & Popia Sedap di Restoran Hussin

Wednesday, 10:16 am


: : popiah basah yang sedap. tak boleh beli satu. kena beli satu set yer : :


: : sup lidah dimakan dengan roti. wallahhh : :


: : rimas konon. tak payah nak rimas sangat la  :-[ : :

Restoran Hussin (Sup & Popia)

N0 9 Jalan Puah Jaya
Taman Setapak
Setapak, Kuala Lumpur

kedudukannya kat belakang Masjid Setapak, kat Jalan Genting Klang.
aku pun tak paham kenapa jadi Taman Setapak.
ke memang situ taman setapak eh?
dah la jalan puah jaya. mesti ramai ingat kat kampung puah ke kan.
nehi nehi nehi.
ah pandai-pandai lah korang carik.

Sup Ayam – RM4.50
Sup Kambing – RM5.50
Sup Lidah- RM7.00
Popia – RM1.20 set

Selamat menjamu selera!

Posted in AdikBeradikTiri, Jalan-Jalan Cari Makan | 20 Comments