Demam di Malam Raya

malam raya tu kan, tengah-tengah malam yaya sudah batuk-batuk.
kemudian sudah mengigau segala. adehhh…
takut betul aku kalau dia demam.

rupanya ramalanku benar belaka. pagi raya tu dia sudah merengek-rengek.
badan dia pun panas. alahaiii…

tapi aku pujuk-pujuk gak dia suruh bangun. dan mandikan dia dengan air panas.
sib baik stok ubat batuk dengan demam ada lagi.
so kasi dia makan ketupat dan terus bagi dia makan ubat.

pastu aku ajak dia masukkan duit raya dalam angpau.
terus segar bugar nengok duit kooo…

KakNgah 012

nengok dia dah aktif-aktif begitu, barulah lega sikit rasa di hati.
apa lagi.. jom la beraya! 🙂