Jom Pergi Hat Yai!

Thursday, 9:00 am
dari taman ular kami balik ke homestay.
penat sangat gamaknya 3 beranak tertidur.
best kot tidur kat kawasan kampung ni.
cam aman damai tenang nyaman jer.
lepas asar packing barang siap siap nak gerak ke hatyai pula.
oh yer sedikit informasi.
pada sesiapa yang nak drive ke hat yai dari malaysia, korang kena amik insurans tau.
insurans ni boleh diamik di kedai kedai sepanjang sebelum sampai ke border.
dalam kes aku ni, cikgu asri yang uruskan semua.
so idok ler aku berapa mengambil tau procedure nya.

plan nya nak tunggu cikgu asri nak gerak sesama lah.
tapi kitorang gerak awal dulu.
bila dah masuk imigresen malaysia baru teringat duit tak tukar lagi!
coiii…
terpaksa patah balik dan bertukar uwang.

: : 2 beranak yang suka gaduh : :
isi minyak kereta korang penuh penuh tau sebab minyak kat thailand mahal dari malaysia.
lepas cikgu asri sampai kami pun gerak together gether.
bapak laju hoh cikgu asri bawak kereta.
sib baik encik z hebat boleh follow hehe.
dalam sejam kot perjalanan.
sampai lah kami ke hotel yang telah dibooking.
TBC~……
Posted in Hat Yai, Perlis | 5 Comments






Apa Pun Tak Boleh! Boleh Blah!

Tuesday, 6:00 pm
Aku kawan ngan ko, ko tak kawan ngan dia, dia musuhi aku, aku tak suka dia, ko tak gemar aku, pening? padan muka.
Terserah bulat bulat taik kambing bulat bulat
Nyata, sifatnya upama pembedahan komestik. Ubah sana sini, hilang rupa asal.
Jikalau itu wajah asal, mungkin dilahirkan sebegitu bersama sifat yang begitu.
untung tak perlu pembedahan komestik, sangat beruntung
Gua tarak heran apa nak jadi
tapi orang awam jadi tukang heran dengan hasil pembedahan komestik itu
Orang orang lama kata, jangan ludah ke langit, selang beberapa saat,
pelepak terkena wajah kesayangan tuan hamba sendiri
Dah hilang seri pembedahan komestik
Orang awam jadi tukang geli geleman hasil ludahan tersebut
Gua macam biasa berdiri satu sudut, senyum buat buat sambil belek belek telefon bimbit
Tanyalah sama maruah, adakah beliau selesa begini?
Tanyalah sama hati ada tiada sekelumit rasa janggal
Tanya sama mulut, sampai bila mampu tersenyum kepalsuan
Jangan tanya sama diri sendiri, kelak binasa lah dengan jawapan yang diberi
hari ini kau lah yang terbaik, mengungguli carta papan atas, bulan depan kau ditangga tercorot
silap aribulan bertukar carta masuk carta penjenayah
Tapi tanya lah pada fikiran, insyaallah dia akan menjawab
Persengketaan dan pembedahan plastik ini bakal menjadi satu kisah epik
Tahun 2025 boleh dibikin filem
7 keturunan bisa berbuih mulut bercerita
Kalau tanya sama gua, jawapan paling tepat
Gua tak rugi satu sen mahupun setitik keringat peluh petani
Jikalau hilang sahabat sebegitu
kredit : http://farikhmanzora.blogspot.com
P/S : senyum je laaaa…
Posted in AdikBeradikTiri, ApaApaAje | 5 Comments






I Love Moo Cow Frozen Yogurt

Tuesday, 3:00 pm

masih di hari yang sama dengan kejadian makan makan keluarga di cosy place.
terus gerak ke wangsa walk sebab kaklong nak cari housing untuk handphone samsung baru dia teww..
tapi kedai handphone banyak katup.
chinese new year kot kan.
kemudian jalan jalan cuci mata.

sampai bawah nampak i love moo cow frozen yogurt ni.
selalu pergi sebelum ni pun nampak je kan tapi tak pernah dihiraukan.
bila yaya & caca dok menepek pandang pandang kerana kekaguman bunyi moo yang dikeluarkan oleh lembu plastik tu, aku merasa simpati pula.

kebetulan plak adik kedai tu bagi rasa satu yogurt berperisa dragon fruit.
suruh yaya dengan caca rasa.
bila tanya nak ke? dedua serentak jawab NAK NAK.
jadi sebagai ibu dan ibu saudara yang baik hati, aku pun membeli.
eh tapi sebenarnya encik z yang beli kot. sebab dia yang bayar. tehehe.

RM10.90 tak silap. kalau nak tambah toppings kena add RM1.00 lagi rasanya.
rasa nya ok la. masam masam gitu.
kalau nak compare dengan tutti frutti aku rasa lebih kurang je kot.
nama pun yogurt kan. what do u xpac?
takkan nak rasa air bandung pasar malam plak.

aku tak tau la tempat lain ada ke tak yogurt moo ni.
macam tak penah nampak je.
kalau nak try rasa, sila lah ke wangsa walk yer…

Posted in Jalan-Jalan Cari Makan | 3 Comments