Menyibuk nyibukkan Diri

semalam saya ajak encik z ronda-ronda kat jalan TAR.
dia kata ok dengan syarat naik motor.
terus saya cam ohhhhh.
sebab nya sejak bertudung ni tak pernah lagi kot saya naik motor jalan jejauh.
ceh macam la dari setapak ke jalan TAR tu jauh benau.
bukanlah apa. pastilah jem secara hebat kat area sana kan.
memang betul pun keputusan kami naik motor.
kenderaan bersimpang siur kot.
park motor kat sogo. pusing-pusing dalam sogo sat.
pastu terus ke jalan TAR.
sebenarnya kan.. saya takde la nak beli apa pun.
ingat nak cari tudung syria je.
lelain cuci mata je la.
nak jugak merasa menyibukkan diri di celahan orang ramai yang memang ramaiiii nyewww..
hasil pembelian? sebatang aiskrim potong perisa durian yang sudah naik harga ke RM1.20.
2 jam kat situ pastu terus gerak balik.
eh tapi tak balik sangat la.
jalan-jalan pulak kat uptown kat area rumah saya ni.
eh bukan bukan danau kota.
tapi depan rampai business park.
kelasss ada uptown kat sini. panjang dan meriah.
ada gerai makan semua.
so korang kalau duduk area sini, mari lah.
ceh mengajak rupa saya pun meniaga.
lepas tu gi ngeteh kat ali maju.
milo ais dan cheese butter naan. nyummmeh.
oh ya, pelajaran yang saya pelajari kat jalan TAR :
chiffon = cifon
biskut = sekut
sampin = sanping
cotton = koten
kesian.