Blog Maya Dot Com

Iklan di Blog Maya

Pengiklanan di Blog Maya Dot Com

Assalammualaikum…

Saya nak update info dan rate terbaru untuk sesiapa yang berminat nak iklan kan produk atau promote blogshop kat blog saya ini.

Cuma nak bagitau sesiap, views dan unique visitors saya dah tak sekencang dulu. Dulu 1000 ke atas unique visitors nya, tapi sekarang ni setakat 700 – 800 je.
Agaknya semua readers dah cabut lari kot he he.
Tapi ok je. Saya tetap berdiri teguh di sini. Takyah nak teguh sangat la normaya :-p

NnangFeb2014

Ada 3 jenis iklan yang saya offer kan iaitu :

HEADER

Saya akan letak banner blog/website korang kat atas blog saya ni.
Cuba tengok kat bahagian atas tajuk entry yang pertama.
kat situ lah ruang nya. Sama dengan iklan Nuffnang.
Bayaran cuma RM30 untuk sebulan.
Saiz banner 728 x 90.

Kalau sesiapa yang ada coding sendiri untuk blog/website, amatlah saya alu-alukan so tak payah saya sesusah nak create coding.
Saya boleh masukkan terus korang punya coding.
Kalau takde pun takpe, email je kat saya banner korang.
Banner kena buat sendiri lah yer.

STICKY MODE ENTRY (72 JAM)

Maksudnya saya akan tulis satu entry khas untuk memperkenalkan blog/website korang.
Entry tu akan jadi STICKY MODE selama 72 jam.
Dan biasanya saya akan up kan setiap hari Jumaat.
Kalau sesiapa tak faham apa itu STICKY MODE, maksudnya entry promosi blog korang tu akan sentiasa ada kat atas selama 72 jam walaupun saya dah update cerita lain.

Untuk Sticky Mode Entry ni saya perlukan barang untuk direview.
Contoh blogshop korang jual tudung, so saya perlukan sehelai tudung untuk direview dan saya caj sebanyak RM20.

MINI ADS

Mini ads ni iklan di bawah entry saya.
Maksudnya lepas saya tulis story mory pasal saya, kemudian saya akan selitkan iklan blogshop/website korang.
Tapi untuk mini ads ni saya cuma akan letak nama produk, sekeping gambar, kelebihan produk dan link website/facebook/instagram sahaja.
Bayaran RM10. Tak perlu bagi barang.

Kalau berminat nak beriklan kat blog saya yang tak seberapa ni, boleh email saya myasefia@yahoo.com

Saya akan letak copy paste entry ni kat bahagian tab Iklan di Blog Maya. So lepas lepas ni korang boleh refer kat situ je k?

P/S : Semua iklan akan di link kan ke Facebook, Twitter & Instagram saya.

Terima kasih! ^__^

Updated as at 25 February 2014

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Uniques Visitors & Pengiklanan di Blog Maya Dot Com
Posted on August 10, 2012 by mya
ingat tak hari tu saya bagitau yang walaupun blog saya ni sendu dengan komen, tapi UV boleh tahan jugak.
boleh tahan bagi pendapat saya la.
pendapat korang mungkin tak ah.
of coz la kalau nak compare dengan bloggers lain saya jauh tertinggal keretapi nya.
tapi saya bangga dengan pencapaian blog saya ni.
5 tahun lepas UV sehari tak sampai 100 pun. kesian.
sekarang alhamdulillah.
saya dah ada pembaca setia. setia ke #TDDMKA
ini saya captured bulan lepas.
sila pakai kanta pembesar kalau tak nampak.
kalau hari kerja biasanya 1200 ke atas.
juga ada menjangkau ke 1400 ke atas.
tengok tahap kerajinan saya update la kot.
kalau banyak update satu hari tu, up up away la UV.
kalau tak update, go go down away la jawabnya.
kalau weekend pulak biasa 800 UV.
pernah jugak mencapai ke angka 1000.
pun saya rasa ikut nasib nasib gak.
kalau saya merajin nak live update via BB.
kalau tak, memang tak ah.
walhal desktop, internet semua ada je depan mata.
kalau mood tu tak mari, memang tak kuasa nak pandang pc tu.
he he he.
ini plak baru saya captured semalam.
nuffnang dah ada wajah baru kan? comel je.
suka suka suka.
cuma tu la saya pelik bahagian community memang dah takde eh?
tak boleh nak tengok sapa yang skodeng blog saya heuheuheu.
2 hari berturut-turut UV saya mencecah 1600.
pencapaian yang agak baik lah.
harap-harap ada rezeki satu hari nanti boleh la cecah 2000 UV.
amin.
kadang-kadang kan saya pun hairan bin ajaib.
siapa aje lah yang masuk baca blog saya yang niyang rapek ni.
bukan berilmiah pun.
kelakar pun tidak. gambar cantik-cantik pun tidak.
orang nya apa tah lagi.
tapi bila saya buat kajian rambang, saya rasa ramai yang suka baca cerita saya jalan-jalan. dan cerita pasal anak saya, yaya.
tak kurang jugak yang suka gossip panas-panas baca cerita saya gaduh gaduh ek? euwww namo namo namo.
saya takmo dah gaduh-gaduh. enuff is enuff bak kata KRU. 😀
saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan blog saya ini ke arah kejayaan cemerlang gemilang dan terbilang.
saya dah lama jugak tak belek belek berapa orang online users.
tapi semalam tertengok lalu tercaptured.
35 orang online. not bad huh?
TQ la korang baca walaupun tak de komen 😉

ok panduan statistik kat atas nun khas jugak untuk korang yang berminat nak iklankan blog atau promote website business korang.
sebab selalu pun orang email tanya saya walhal saya ada je tulis kat atas nun bahagian Iklan Di Blog Maya.
takpela kat sini saya bagitau lagi sekali.
saya punya modus operandi simple je. tiada cas tersembunyi.
ada 2 jenis pengiklanan. sidebar dan header.
ok saya cerita pasal sidebar dulu.
SIDEBAR tu maknanya saya letak banner blog/website korang kat belah kanan blog ni. bawah widget YouTube.
untuk sidebar ni saya cuma ambil RM20 untuk sebulan.
saiz banner untuk sidebar ialah 155 x 176.
HEADER pulak saya letak banner blog/website korang kat atas blog saya ni.
cuba tengok kat bahagian atas tajuk entry yang pertama.
kat situ lah ruang nya.
bayaran cuma RM30 pun untuk sebulan.
saiz banner 728 x 90.
kalau sesiapa yang ada coding sendiri untuk blog/website, amatlah saya alu-alukan.
tak payah saya sesusah nak create coding.
saya boleh masukkan terus korang punya.
kalau takde pun takpe, email je kat saya banner korang.
untuk kedua-dua jenis pengiklanan ni saya akan buat DEDICATED ENTRY. maksudnya saya akan tulis satu entry khas untuk memperkenalkan blog/website korang.
entry tu akan jadi STICKY MODE selama 72 jam.
dan biasanya saya akan up kan setiap hari jumaat.
kalau sesiapa tak faham apa itu STICKY MODE, maksudnya entry promotion tu akan sentiasa ada kat atas walaupun saya dah update cerita lain.
semua akan ke bawah. faham?
kalau tak faham sila tanya.
dan satu lagi masalah yang saya selalu hadapi dalam dunia pengiklanan ni ialah ramai yang takde banner dan taktau nak buat banner.
ok saya boleh tolong buatkan.
tapi saya caj sikit la. RM20 untuk kedua-dua jenis banner.
begitulah.
saya tolong korang. korang tolong saya.
tidaklah saya menjanjikan yang business korang akan laku sehingga korang menjadi jutawan.
tapi insyaAllah kita tolong sesama kita.
kalau ada tak paham lagi, sila email je saya.
tata.
P/S : entry ni saya akan letak kat atas bahagian Iklan Di Blog Maya. so next time nak refer, korang klik kat je kat situ. ote?
 ************************************************************************
Pendek kata email je lah aku. senang kita cerita ceriti kat sana. ok?
myasefia@yahoo.com
btw, nie aku attach kan traffic yang dipetik dari nuffnang. NOVEMBER 2010
Updated : Statistik Bulan Ogos 2011
sudi sudikanlah ya beriklan di sini.. terima kasih 🙂

9 thoughts on “Iklan di Blog Maya