Category: Yaya

Ahmad Lim Black Pancake

Iklan pasal Ahmad Lim Black Pancake asyik lalu lalang je kat newsfeed Facebook, fikir-fikir macam menarik jugak kalau ajak Encik Z, Yaya & Caca pergi memandangkan diorang adalah pemakan ramen samyang tegar.
Pergi yang kat cawangan Wangsa Maju.
Memula memang tak perasan kedainya sebab signboard takde cahaya, plus terlindung di sebalik signboard 7 Eleven.

Kecik comel je pun kedainya.
Panjang ke belakang.
Nasib masa sampai ni tak ramai sangat orang, so dapatlah seat.
Konsepnya layan diri. Terus ke kaunter dan order.

Baru saya tau meatball dalam bahasa Melayu ialah Pentolan.
Ada 5 jenis noodle semuanya.
Yang paling famous Pentolan tu lah.
So semua ambik yang sama.

Saya mula-mula tak rasa nak order sebab ingat nak share-share saja.
Tapi last-last ter order jugak sebab tengok masing-masing macam taknak share je dengan Mommy. Lapar la gamaknya semorang ni.

Tahap kepedasan ada 5 level bermula dari 0.
0 – Penakut
1 – Yang Sedang Saja
2 – Pedasss
3 – Pedas Berdesing
4 – Pedas Arwah
5 – Pedas Mampus


: : Milo ais & kopi ais : :

Encik Z ambik 1 Yang Sedang Saja.
Caca Ambik 3 Pedas Berdesing.
Yaya Ambik 4 Pedas Arwah.
Saya ambik 2 Pedasss. Tak sampai lagi masa ni sebab order kemudian.


: : Rupa paras semua sama je cuma dibezakan dengan cili yang dimasukkan. Harga pun sama, semua RM10 : :


: : Wajah sebelum makan : :


: : Wajah sebelum makan : :


: : Saya punya baru sampai : :


: : Wajah selepas makan : :


: : Wajah selepas makan : :

Kalau ikutkan yang paling pedas Yaya punyalah.
Pedas Arwah.
Keluaq ayaq hidung ayaq mata semua dia ha tapi still jugak berjaya habiskan.
Caca pulak relax je tak bunyik apa elok je habis makan.

Masalahnya saya punya yang Nombor 2 kategori Pedasss tu je pun dia punya pedas namateeyyy.
Memang tak sanggup nak habiskan.
Tu gambar bawah tu Encik Z yang habiskan.
Ceritanya dia ambik Yang Sedang Saja sebab masa ni dia tak sihat.
Sakit tekak, batuk bagai tu tak ambik yang pedas.

Big respect bak kata Haha dalam Running Man pada Yaya & Caca.
Pemakan pedas betul budak-budak ni.
Saya lepas ni kalau pergi lagi makan Yang Sedang Saja la sudah.
Korang yang first time nak cuba tapi tak tahan pedas saya suggest sama jugak.
Jangan terus-terus order pedas berapi arwah semua tu.
Memang pedas oi!

Alang-alang dah sampai ni jom lah kita beli Pancake jugak bawak balik rumah.
Kitorang ambik Pancake Toppings Nutella.

Sedap jugak pancake ni cumanya kena makan ramai-ramai la.
Kalau sorang 2 je nak habiskan, agak muak. Standard la coklat kan.