Batik Painting @ MAG

15 Ramadhan.
Saya register Yaya masuk program Batik Painting dekat MAG, Sasana Kijang.
Saja lah bawak dia keluar buat aktiviti sikit.
Kesian jugak cuti sekolah tak buat apa, tak ke mana.
Dah bulan puasa kan, nak buat cemana.
Tapi ok la, jimat duit tak yah gi jalan hehe.


: : Lukisan dan corak yang boleh dipilih : :


: : Wakil MAG tunjuk demo : :


: : Yaya pilih wau : :


: : Siap! : :


: : Oleh sebab ada masa lagi, dan lukisan pun masih banyak, pihak MAG bagi je sesiapa nak warna lagi.  Kali ni ambik kucing pulak : :


: : Mata kucing tu cam ‘mata ke atas tangan di dada’ : :

Dekat MAG ni macam-macam aktiviti ada untuk kanak-kanak.
Tapi dah Yaya tak duduk dengan saya kan, tak boleh la nak hantar dia join program kat sini.
Dulu dia pernah join program buat sabun.
Biasa bulan 12 lagi macam-macam program kat MAG ni.
Thank you MAG!

Shopping Raya Part 1

Konon cadangnya lepas melepak kat The Garage tu, nak gi jalan-jalan kat Jalan TAR.
Sian Yaya teringin.
Memang dah masuk pun depan Sogo tu, cumanya kereta banyak dan gigih nak cari parking.
Saya sebenarnya masa tu ngantuk nau-nau.
So saya cakap dengan Yaya, takde parking ni jom la balik.

Menyirap je Encik Z.
Yaya pun dah murung.
Sebab boleh je pun kalau nak pusing cari parking.
Tapi sebab i is mengantuk tu yang ajak balik.
I is kenot ok. Kalau mengantuk memang boleh amukan.

Nak cover keserba salahan itu, esoknya Ahad, 9 Ramadhan saya ajak depa jom la gi Sogo.
Keluar pun lepas Zohor dah.
Gi butik Aidijuma nak cari tudung bawal Yaya.


: : Tudung inspired dUCk katanya. Melambak kat Muaz : :


: : Ala ala world map pun ada. Nangis… : :

Pastu masuk dalam Sogo cari baju Yaya.
Beli seksi seksi ni tentu tentulah tak boleh pakai kat Taiping kann.


: : Dapatlah beberapa helai baju baru. OK setel haa..  : :


: : Tengah best-best shopping dapat notification ni dari Facebook. So scaryyyy. Sapa yang jahat sangat ni nak hack Facebook titew haaa : :

Oleh sebab ada masa lagi, so lajak terus ke Sunway Putra Mall.
Yaya suka kasut Jelly Bunny yang beli tahun lepas tu.
So senang ke sini je lah.
Tapi takde diskaun pulak kali ni cisss.
Suka masuk dalam Jelly Bunny ni sebab wangi je kan.


: :Salah satu dari kasut ni la yang Yaya pilih : :


: : OK kasut settled haaaa : :