Tom Yum Coke

Berjalan-jalan di hari minggu.
Agendanya ialah nak ke IKEA mencari console table dan study chair Yaya.
Sebelum tu brunch dulu.
Asalnya nak makan kat IKEA je tapi masuk dalam MyTown tu teringat pernah ternampak iklan Tom Yum Coke.
Macam menarik je. Macam nak cuba je.
Lalu kami ke Para Thai Restaurant.


: : Tom Yum Coke dalam menu : :


: : Air kosong tu perlu ke masuk dalam gambar jugak : :


: : Close up : :

Cemana eh nak cakap rasa coke berperisa tom yum tu?
Minum sesedut dua sokay la, nak habiskan satu gelas sis tak mampuuuuu.
Tu la kutuk-kutuk air kosong suami, last-last itu yang saya minum ehe.
Korang boleh je try buat sendiri kat rumah tom yum coke itu.
Campakkan je hirisan serai, bawang, cili padi, halia, lengkuas.
Eksotik sangat tu.

: : Tom yum seafood, kerabu mangga dan ayam pandan : :


: : Water chestnut! : :

Masuk dalam IKEA dan terus lah sambar console table dan study chair Yaya.
Senang sebab memang dah tengok dalam website, so takde la baru nak tercari ke apa.
Actually nak beli satu lagi benda iaitu cermin panjang nak letak kat pintu masuk rumah.
Tapi yang frame putih dah out of stock.
Tinggal frame hitam je, so kena tunggu dulu lah.

Dari IKEA pergi Jalan Ipoh sebab ada hal pasal toilet kat rumah.
Panjang ceritanya. Plan nak cerita kat blog jugak nanti ni.
Sabar ya Sabariah.

Lapar lagi lalu terus ke Sunway Putra Mall pulak.
Makan kat Dubuyo. First time ni kami 3 beranak try food kat sini.
Nama hidangan semua usahlah ditanya.
Sis malas nak korek cari resit dah.
Standard rasa makanan Korea lah. Sesekali ok. Seselalu bosan kot.


: : Jelly Bunny ada sales 50%. Beli lah sehelai kasut untuk Yaya memandangkan kasut ia yang sedia ada dah hampir arwah : :

Bisik Pada Langit

30 September ikut Encik Z pegi wedding kawan dia.
Actually kawan B** cuma saya tak kenal sangat akak ni.
Encik Z kata kena pegi jugak sebab kahwin anak akak ni yang first Encik Z tak pegi, so kali ni kena pegi jugklah sebelum kena bebel.
Tempat kejadian di Dewan Siti Hadijah di Seri Kembangan sana.

Usai wedding terus singgah rumah Kaklong jap jumpa anak-anak saudara.
Alang-alang dah ada area sana kan.

Lepas tu keluar pergi The Mines, konon nak nonton Bisik Pada Langit.
Tapi full house. So lepak-lepak duduk minum je lah.
Makan kat Sepiring.
Ada promosi Oh My Durian.
Ada 3 hidangan berunsurkan durian iaitu Cendol, Laksa & Kopi.
Cendol tu dah biasa la kan.


: : Sebelum makan jangan lupa snap gambar dulu. Lepas tu upload kat socmed dengan hashtag #SepiringOhMyDurian : :


: : Lepas upload tu tunjuk kat staff Sepiring, nanti dapat Bubur Cha Cha free : :

Kami try laksa durian dan kopi durian.
Laksa tu kan, dah rasa macam tempoyak kuah dia.
Aterrr dah letak durian kan.

Yang kopi pulak, bila minum szupppppppp naik ke atas.
Pelik nau nau. Tapi boleh je la telan.
Habis je Encik Z minum.


: : Peacock gergasi : :

Lepas tu ajak Encik Z singgah Lulu.
First time ni kitorang masuk sini.
Dok dengar orang kata murah kan, so marilah cuci-cuci mata.


: : Kitorang beli set Chefline ni. Murah je dalam RM70 tak silap. Ni memang khas untuk dapur induction : :


: : Aneka jus segar : :


: : Saya beli susu badam ni. Sedap sangat sangat sangat : :


: : Roger-roger tanya Kaklong kat mana, depa kat Sogo, so sekalian ajak dinner kat Johan Seafood, Kampung Baru : :

Sentap sikit sebab lauk banyak dah habis.
Selalu saya akan order daging masak hitam.
Pulak tu servis lambat gila. Pekerja tak cukup huhu.

Pujuk Caca ajak balik rumah saya sebab nak ajak dia teman nonton Bisik Pada Langit esoknya.
Encik Z ada sukan dart Ahad tu.
Sib baik Caca nak, elok pulak dia tidur dalam bilik Yaya sorang.

Esok pagi-pagi naik Uber pergi Quill City Mall.
Tambang RM12. Tapi kalau Grab RM17. Beza kan.
Tak sempat nak breakfast secara proper sebab keluar lambat, so beli je hotdog kat GSC tu.


: : Duduk makan kat kerusi luar tu ha : :

Bisik Pada Langit ni bagi saya oklah.
Saya nangis la sikit tapi takdelah beria sangat.
Sedih lah ceritanya, cuma saya tak minat Ummi Nazeera tu so feeling kurang sikit.

Saya lebih sedih mengenangkan watak Beto Kusyairy dalam cerita ni.
Patut wujudkan lagi satu watak. Girlfriend Beto.
Kira dalam segala pengorbanan yang dibuat sebagai seorang anak dan abang, dia dapat sorang girlfriend yang baik.
Gitchuuuu. Feeling pengarah sangat kau Normaya. Hiks.

Usai movie, bawak Caca pergi makan kat Sushi King.
Pastu Encik Z pun sampai. Terus hantar Caca balik LEP.
Sempat Encik Z layan Caca & Aisya main basikal.
Encik Z tu naik basikal Caca tu.
Tak ingat gamaknya dia pernah jatuh sebab naik basikal budak-budak ni dulu.
Sampai MC lah dibuatnya.

Selamat tinggal September.
Selamat datang Oktober.
^__^