Pertama & Terakhir di Little Wok Kitchen

last week dinner kat little wok kitchen kat wangsa walk sana.
aku memang dah susun plan nanti nak try semua jenis kedai makan kat wangsa walk.
sebab kat sini ada banyak kedai makan oh..
so hari tu decide la mau makan di little wok kitchen (LWK) ini.

masuk-masuk je, aku mintak nak duduk kat tempat yang 4 seat.
tapi tak dikasiknya. bersungguh-sungguh tak kasik.
aku cakap la, bukan ada orang pun kedai nya. per salah bagi aku duduk?
uii tak boleh jugak. ok fine.

ini yang kami order.
air suam & boiled sugarcane.
macam air tebu tin je pun. heh.

amik set steamboat & western.
western ialah lamb chop black pepper.
so so je. takde la sedap sampai nak repeat 2 kali.

katanya seafood steamboat.
tapi seafoodnya semua main tipu.
isi ketam yang letak kat sushi.
bebola sotong, fishball. pendek katanya yang instant semua.
otomatik, tak setappp!!!

masa tengah tunggu order tu, masuk la sepasang kekasih.
diorang request nak duduk kat 4 seat.
walaupun 2 seat ada kosong lagik.
ek eh… bagi pulak ko… mementang bangsa sendiri. (*&$&^#^&@*@.

pastu minah waitress tu macam tau-tau plak aku tengah bengang sebab tak dapat nak duduk kat 4 seat tu. cuak-cuak dah muka dia.
tau takut kan ko. per salahnya ko bagi je aku duduk kat 4 seat tu?
aku bukan apa… meja yang 2 seat tu kecik beno.
bila dah letak hidangan western & steamboat tu, dah penuh satu table.
dengan handbag aku lagi nak letak..
aku tarik kerusi kat meja sebelah, minah waitress tu main jeling-jeling lak.
lempang nak???

dah la makanan tak sedap. aserehe tul.
ok ok satu la yang sedap. jagung nie ha…
pantas je tangan encik z snap gambar aku tengah mencuka.
tu yang belakang tu. tu la waitress nya. eieiei koserrrr…

sekian entry emo saya memakan di LWK.
ini pandangan peribadi yer. takde maksud nak menghasut mana-mana pihak.
korang nak pegi, korang pegi.
ok dah tu jer.